Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat, terbuka untuk menambah bilangan cahaya matanya dan tidak menolak andai dikurniakan rezeki itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayda Jebat Menyanyi Atas Kerusi Roda, Warganet Puji Sikap Profesional Bekerja

Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Jadi Inspirasi Ibu Bersalin Caesar – ‘Rezeki Allah Mudahkan Urusan’

Tambah anak

Ketika ditemui OhBulan!, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, memaklumkan dia sudah merujuk kepada pakar perubatan berkenaan hal tersebut dan tiada halangan untuk dirinya hamil lagi. Namun, Ayda tetap menyerahkan soal zuriat kepada ketentuan Allah SWT.

Bagi saya, itu sangat subjektif. Saya berserah kepada Allah, kalau ada rezeki, kami tidak tolak.

Sebenarnya kami ada perancangan juga, maksudnya kami sudah bertanya doktor. Kata doktor, saya masih muda, lagipun bila mengandung tidak ada masalah komplikasi dan sebagainya.

Bagaimanapun, Ayda mengakui masih trauma dengan kehamilan terdahulu dan mengambil keputusan untuk berehat selepas insiden luka pembedahan yang terbuka.

Buat masa ini saya berehat sebab masih trauma juga. Tapi mana tahu, sekarang trauma, lagi dua tiga tahun saya okay.

Anak sulung dan kedua tak ada masalah tapi anak yang ketiga agak mencabar. Namun setiap anak itu rezeki.

Ayda berkata demikian ketika ditemui di program Melodi Glam Raya Runway anjuran TV3 di Stesen Mass Rapid Transit (MRT) Tun Razak Exchange (TRX), baru-baru ini.

Sementara itu, sebagai seorang ibu dan isteri, pelantun lagu Temberang tersebut memahami dan menghargai keputusan setiap pasangan suami isteri, sama ada untuk menghadkan atau menambah bilangan anak mereka.

Saya faham, bagi pejuang garis satu, ada pelbagai faktor yang difikirkan.

Pejuang garis dua, ada pelbagai faktor yang perlu diselesaikan. Jadi kita hormat kedua-duanya.

Untuk info, Ayda mendirikan rumah tangga bersama Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Ana Nayla dan Aali Mateen sebelum kehadiran anak ketiga, Anggun Mikayla pada 26 Januari lalu.