Sebelum ini, penyanyi Andi Bernadee telah membuat laporan polis berhubung isu dakwaan ditipu rakan baik dengan melibatkan sejumlah wang hampir RM70ribu. Namun, disebalik bayangan ‘rakan baik’ itu telah muncul beberapa nama dari netizen yang mendakwa penyanyi Amir Hasan terlibat dalam isu berkenaan.
Artikel berkaitan: Rugi Hampir RM70K, Andi Bernadee Buat Laporan Polis Dakwa Ditipu Rakan Baik
Artikel berkaitan: Bukan Amir Hasan Songlap Duit, Andi Bernadee Minta Netizen Henti Fitnah – ‘Doakan Saya Agar Dapat Tegakkan Kebenaran’
Bagaimanapun, Amir Hasan telah tampil menafikan tuduhan tersebut dan sedia memaafkan netizen yang telah melemparkan dakwaan terhadap dirinya.
Tak pernah terlintas di fikiran
Amir menafikan dirinya terlibat dalam kes tipu wang hampir RM70ribu milik Andi Bernadee. Dia mengakui tidak pernah sesekali berniat untuk menganaiya rakan sendiri sehingga sanggup menipu wang sebanyak itu.
Assalamualaikum. First of all, saya nak clearkan pada semua yang saya bukan individu yang ‘songlap’ RM70k duit Andi tersebut. Andi ialah seorang yang sangat baik, ikhlas dan jujur orangnya. Sejak saya masuk dunia industri seni ni, dia adalah antara orang yang banyak bantu dan bagi nasihat dekat saya sampailah ke hari ini.
Walaubagaimanapun, tidak pernah terlintas difikiran saya sekali pun untuk saya menganaiya kawan sebaik ini. Cuma saya agak kesal dan sedih dengan sikap sesetengah pihak yang terus menuduh, mencaci dan maki saya tanpa usul periksa. Pada individu yang sentuh isu ini dengan Arwah bapa saya, tak apa adik, saya maafkan.
Fitnah itu lebih kejam daripada membunuh
View this post on Instagram
Ujar Amir lagi, dia memaafkan semua orang yang telah melemparkan tuduhan atau dakwaan tanpa sengaja kepada dirinya. Dia turut menasihati orang ramai agar tidak mudah untuk membuat andaian yang tiada bukti kerana boleh mengundang kesan kepada individu lain.
Pada yang telah buat ibu saya menangis, tak apa adik, saya maafkan. Saya maafkan semua yang mungkin ‘terfitnah’ saya. Cuma saya nak nasihat pada semua, fikirlah dua tiga kali dulu sebelum buat pelbagai andaian. Jangan kerana satu perkataan sahaja, ia boleh buat jatuh fitnah. Berhati-hatilah dengan kata-kata anda.
Sumber: Amir Hasan