Penyanyi dan pelakon Andi Bernadee memohon agar netizen tidak sesuka hati ‘memetik’ beberapa nama rakan selebriti dalam kes pecah amanah RM70,000 seperti yang dilaporkannya semalam.
Artikel Berkaitan: Rugi Hampir RM70K, Andi Bernadee Buat Laporan Polis Dakwa Ditipu Rakan Baik
Netizen tolong henti buat fitnah
Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 30, mengakui terkejut apabila tidak semena-mena segelintir rakan artis menjadi mangsa fitnah warganet.
Justeru, pelantun lagu Donde berharap agar netizen berhenti daripada melakukan aktiviti tidak berfaedah dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka.
Salam semua, hari ini saya dikejutkan apabila ada rakan-rakan artis yang telah dituduh berikutan kes ‘pecah amanah’ saya.
Saya mohon kepada Jabatan Netizen hentikan aktiviti fitnah ini untuk mengisi masa lapang. Saya sudah serahkan semuanya kepada pihak polis dan peguam.
Doakan saya agar dapat tegakkan kebenaran dan hak saya selepas berhempas pulas demi mencari rezeki buat diri serta keluarga.
Amir Hasan tak terlibat
Dalam pada itu, syarikat pengurusan Warner Music Malaysia turut menafikan penyanyi Amir Hasan adalah individu yang dimaksudkan anak kelahiran negeri Sabah.
Kami di Warner Music Malaysia sebagai label pengurusan kepada penyanyi Andi Bernadee dan juga Amir Hasan ingin menyatakan bahawa Amir Hasan tidak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam kes ‘songlap duit’ yang telah dilaporkan oleh Andi semalam.
Sebelum ini, Andi tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi terhadap rakan baiknya atas dakwaan fitnah dan pecah amanah membabitkan kerugian hampir RM70,000.
Difahamkan, rakan baiknya itu antara individu yang telah membawa Andi menceburi bidang seni.
Sumber: Instagram @andibernadee