Pelakon Hariz Hamdan, mengakui dirinya bukanlah seorang lelaki sempurna namun dia akan tetap berusaha menjadi seorang insan yang terbaik.

Artikel Berkaitan: Hariz Hamdan Beri Nota Pada Hazwani Helmi – ‘Saya Ucap Happy Birthday & Wish Dia Sebelum Ke GSF’

Artikel Berkaitan: Isu iPhone, Hariz Hamdan Belum Sempat Tanya Khabar Hazwani Helmi – ‘Kita Bukan Sesiapa Nak Tentukan Salah Betul’

Hariz berusaha jadi lelaki terbaik

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 24, berkata, tidak semua ciri-ciri lelaki ‘green flag’ ada pada dirinya seperti yang diperkatakan oleh warganet di media sosial.

Saya ni bukanlah lelaki ‘green flag’ sangat pun, tapi saya cuba sehabis mungkin untuk menjadi versi terbaik bagi diri saya dan boleh menjadi contoh kepada orang di sekeliling.

Menurut Hariz, dia sering memegang nasihat bapanya sebagai pegangan hidup untuk menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab.

Saya ingat lagi semasa saya kecil, ayah saya selalu berpesan bila dah besar nanti, walaupun kita belum berkahwin, atau ada anak, anggap sahaja seperti kita sudah mempunyai anak.

Bila kita bayangkan kita sudah ada anak, kita akan fikir macam mana kita nak jalani kehidupan seharian dan bagaimana anak kita akan melihat kita.

Itu yang buat saya lebih berhati-hati dalam setiap tindakan.

Hariz berkata demikian ketika ditemui pada majlis Macam-Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.

Selain itu, pelakon drama Bunga Salju itu berkata, bapanya adalah seorang figura yang amat dikagumi dan dijadikan contoh untuk membentuk keperibadian diri.

Begitu jugalah macam mana saya melihat ayah, akhlaknya, tingkah lakunya, kewibawaannya, semua itu saya jadikan contoh untuk saya gunakan dalam kehidupan sendiri.

Dalam perkembangan lain, Hariz bakal muncul dalam drama terbaharu berjudul ‘Dendam Seorang Mentua’ yang akan di siarkan di Astro Prima pada 4 Mei ini.

Drama tersebut turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Tracie Sinidol, Chacha Maembong, Datuk Aaron Aziz, dan Datuk Yusry Abdul Halim, serta Intan Ladyana.