berita

‘Saya Cuba Tukar Pandangan Saya Terhadap Dia’ – Ibu Kongsi Cara Mudah Kawal Anak Ada Sindrom ADHD

August 15th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Attention deficit hyperactivity disorder ataupun lebih dikenali sebagai ADHD, merupakan sebuah sindrom yang sering terjadi terhadap golongan kanak-kanak. ADHD mempunyai tiga keadaan iaitu kurang daya tumpuan, aktif melampau dan terlalu menurut kehendak hati.

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ADHD mempunyai tingkah laku yang sukar dikawal. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membentuk perkembangan mereka. Menerusi Facebook Liz Masnon, wanita tersebut berkongsi pendekatan yang digunakan olehnya dalam mengawal dan membentuk perkembangan diri anaknya yang teramat aktif.

Ajak dia buat sesuatu

Assalam semua. Orang kata anak saya ADHD. Saya tak pernah check walaupun nampak ciri-ciri tu. Dulu saya tak boleh terima sikap dia yang tak suka membaca dan kuat bermain. Saya cuba menukar pandangan saya pada dia budak yang aktif, berkemahiran lain dan suka aktiviti fizikal jadi saya banyak habiskan masa di luar, berkorban bajet utk kemahiran dan menghabiskan tenaga dia walaupun yang habis tu lebih kepada masa, tenaga dan wang saya. Tapi tenaga dia tetap banyak. Saya lebih banyak berlembut, tidak terlalu melayan amarah dia dan cuba distract dia dari bosan dan mengamuk.

Lebih banyak peluk, luahkan perasaan kasih sayang, harapan masa depan, dan cita-cita. Sebenarnya dia mendengar waima macam tak dengar. Alhamdulillah, dia sekarang dah pandai simpan duit berbanding dulu semua dia nak beli. Saya beritahu the worst thing that could happen dengan tindakan dia to prevent. Setiap minggu saya sediakan hidangan untuk fizikal. Sebelum dia tantrum, saya dah plan macam mana nak sejukkan hati dia. Distract dia daripada apa yang dia plan yang tak mampu kita bagi.

Bila dia nak mengamuk je saya pun ajak dia buat sesuatu…”haa jom esok kita mandi kolam/main basikal/mewarna/lumba lari/memanah/naik kuda” etc. kalau dia taknak juga.. kena fikir apa yg boleh buatkan dia kalah. contohnya “jom la.. ajak kawan pegi sekali. kita lawan siapa menang. siapa kalah dia kena belanja minum”. Dulu saya selalu marah-marah bila dia malas belajar dan membaca waima hanya 5 minit. tapi sekarang saya lebih banyak bersabar dan menerima keadaan dia dan cuba melengkapi dia dgn aktiviti berfaedah supaya bila besar nanti dua2 pihak tidak menyesal.

Mama bagi hadiah

Saya beri kelonggaran. Saya kata, kalau tak nak belajar dekat rumah, dekat sekolah kena fokus dengan apa yang cikgu cakap, kalau belajar pandai baru la kacak. Dulu saya selalu kata jangan hempas pintu. Sekarang saya selalu kata “kalau (nama dia) tak mengamuk dan bersikap baik, nanti mama bagi hadiah tapi kena tunggu mama dapat gaji dulu. Kadang-kadang bila dia mengamuk, saya cuba peluk dan geletek dia. Akhirnya dia ketawa dan cool down. Cuba lah. Tak perlu berbelanja besar, kut kemampuan masing-masing.

Dulu selalu bergaduh kalau nak bawa dia ke klinik, gunting rambut etc. Dia selalu taknak dan mengamuk sebab saya selalu beritau dia dulu sebelum bawa dia ke tempat tu. Sekarang saya bawa je tanpa beritau dia. Kalau dia mengamuk sebab tiba-tiba sampai klinik, saya kata saya yang nak jumpa doktor sebab saya sakit. Dia tanya kenapa bagi ic dia, saya kata memang la doktor nak tengok ic anak kita sekali. Kalau dah terkantoi tu, barulah saya cakap doktor baik la.

Kalau sakit makin teruk nanti kena masuk hospital, kena inject, cucuk jarum, kena bedah nanti lagi teruk. Siapa nak jaga dekat hospital. Mama nak kerja, nak kumpul duit belikan (nama dia) hadiah untuk tenangkan dia. Kalau dia mengamuk tak nak gunting rambut pun saya tak layan dia tapi saya cari idea supaya saya menang. Saya tunjukkan gambar-gambar style potongan rambut supaya dia nampak kacak. Saya cakap kalau potong macam ni nanti mesti nampak kacak dekat sekolah. Kena banyak cari idea untuk distract dia daripada kemahuan dia dengan benda yang dalam kemampuan kita dan kena tunjukkan yang ianya menyeronokkan.

Perkongsian kedua

Ini kejadian beberapa tahun lalu selepas saya marah dia, apa tidaknya saya baru lepas mengemas, mop dan sebagainya sampai lantai berkilau2an? dan berehat sebentar dalam bilik. bila keluar semula tengok rumah bersepah. Saya stress dan marah dia. Saya kata saya penat kemas satu rumah kenapa dia sepahkan. Dia terkejut dan kemudian dia kata okay lah saya tolong mama kemas. Saya masuk ke bilik kemudian keluar mengintai dia. Saya pulak terkejut. Ya Allah. Sejuk hati. Saya peluk dia dan cakap terima kasih. Macam ni la bagus tolong mama. Mama penat kerja dan kemas rumah lagi. Mama baru nak rehat tiba-tiba tengok dah bersepah semula. Kena highlight tentang safety dan hygiene.

Sebenarnya anak kita tak tau sangat apa yang dia buat tu kadang-kadang memudaratkan, merugikan. kadang-kadang saja mencabar kita. Kadang-kadang saja mengamuk sebab dia fikir dengan cara tu kita kalah dan ikut cakap dia. Parents jangan cepat marah dan jangan sesekali tunjukkan yang kita stress dengan tindakan dia. Tenang-tenang saja, senyum dan ajak dia ketawa. Cuba buat lawak. Kadang-kadang anak-anak tak tau nak zahirkan apa yang dia mahu. kadang-kadang mengamuk sebenarnya mengantuk, lapar, bosan dan mahukan perhatian atau kasih sayang.

Kadang-kadang mengamuk pecah pinggan cawan tiba-tiba tengok lagi. Dah tidur terselit tepi meja, kerusi. Mengantuk rupanya anak aku ni. Tapi kesian budak mengantuk kena pukul dan marah sebab kita stress tengok dia tantrum. Jangan menggunakan bahasa kasar bila marah sebab nanti dia copy. Kalau nak marah pun jangan terlalu fokus pada kesalahan dia tapi beritahu consequences tindakan buruk dan apa benefit kalau dia buat baik. Sekarang saya dah berubah. Saya berubah kerana saya nak bahagia untuk menjadikan saya bahagia, saya perlu jadikan dia bahagia. Kalau dia stress, saya tenangkan. Kalau dia stress, saya layan dan saya stress, orang keliling pun akan stress juga. Kita kena bijak mengawal emosi kita untuk kawal emosi dia. Kalau awak jadi api, mamalah jadi bombanya. Semoga manfaat!

Sumber: Liz Masnon

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×