berita

‘Dia Ajar Saya Untuk Tenang’ – YonnyBoii Tak Kisah Orang Cakap Selalu Berkepit Dengan Isteri

October 5th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Kata-kata daripada segelintir netizen yang kurang senang melihat pasangan ini sentiasa bersama ke mana saja mereka pergi tidak memberi sebarang kesan negatif kepada YonnyBoii dan isteri. Yonny percaya setiap individu mempunyai pandangan yang tersendiri.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Saya Bukan Artis, Pasti Isteri Tidak Dikecam Teruk’ – Yonnyboii

Artikel Berkaitan: Yonnyboii Tergores Hati Dengan Netizen Suka Maki, Ingat Dosa Sesama Manusia Kena Minta Maaf

Isteri memahami

Yonny, atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 24, menyatakan bahawa kehidupannya lebih teratur selepas mendirikan rumah tangga. Yonny yang ditemui Ohbulan! semasa majlis kesyukuran dan pelancaran single terbarunya, ‘Kecewa’, semalam memberitahu bahawa isterinya, Nik Nazira Narriman, 23, merupakan sistem sokongan dirinya ketika ini.

Kalau isteri tiada di sisi, saya berasa gementar untuk berhadapan dengan orang. Isteri saya juga memahami tentang penyakit saya, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), dia banyak menguruskan saya apabila saya dalam keadaan tidak terurus.

Alhamdulillah, dia faham dan tahu apa yang saya perlukan. Kadangkala, kalau saya terlampau teruja, dia akan tegur. Dia ajar saya bagaimana untuk jadi lebih tenang. Bagi saya, adanya dia lebih menyenangkan kerja.

Menurut Yonny, dirinya yang dulu adalah seorang yang banyak berfikir. Dengan kehadiran isteri, kerjanya lebih menyenangkan kerana ada teman untuk berfikir bersama-sama.

Single terbaru, kecewa

Susulan daripada itu, single terbaru Yonny berkisahkan sedikit sebanyak mengenai kehidupannya yang dulu dan juga diambil dari kisah rakan-rakannya yang datang mengadu.

Lagu kecewa tidak mempunyai kaitan dengan saya yang sekarang. Sekarang, setelah berkahwin, iainya suatu alam yang baru untuk saya dan saya bahagia.

Yonny dan Nik Nazira yang telah mengikat pertunangan selama sebulan sebelum mendirikan rumahtangga pada tahun lepas (20 November 2021) di Duchess Place, Ampang.

SKIP THIS AD ×