
Pelakon, Fify Azmi menegaskan bahawa dia tidak akan sama sekali kembali menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Serang Atau Maki Perempuan Lain Kerana Pengkhianatan Seorang Lelaki’ – Fify Azmi
Artikel Berkaitan: Fify Azmi Dedah ‘Screenshot’ Dicurangi, Nama Sarah Yasmine Dipetik Punca Hubungan Dengan NZ Berakhir?
Fify Azmi bersuara

Fify atau nama lengkapnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, 36, membalas kenyataan seorang individu yang mempersoalkan tindakannya memuat naik tangkap layar perbualan pempengaruh, Sarah Yasmine dengan Niezam Zaidi.
Menjelaskan perkara itu, Fify berkata dia berbuat demikian kerana mahu mendedahkan perkara sebenar kepada umum dan tidak mahu timbulnya salah faham.
Screenshot tu bukan saya post sebab saya masih belum move on. Tapi sebab sampai satu tahap, kalau kita diam saja, orang akan anggap kita setuju dengan benda yang sebenarnya tak betul.
Ujar Fify lagi, dia tidak meminta mana-mana pihak untuk menyebelahi dirinya, sebaliknya memberi kebebasan kepada orang ramai untuk membuat penilaian masing-masing.
Saya tak minta sesiapa pun untuk berpihak pada saya. Orang bebas nak percaya apa saja.
Tapi saya rasa kalau nama saya dikaitkan dengan sesuatu cerita, saya ada hak untuk cakap perkara sebenar.
Fify Azmi dah move on

Dalam pada itu, Fify menafikan dakwaan bahawa dia masih belum ‘move on’ serta masih menyimpan harapan terhadap bekas kekasihnya.
Saya dah move on. Saya tak nak dia kembali dan saya memang tak ada niat nak buka semula cerita yang saya dah tutup.
Tapi move on bukan bermaksud kita perlu diam bila ada orang cuba ubah cerita atau jadikan diri dia sebagai mangsa, sedangkan ada bahagian penting daripada kebenaran yang tak diceritakan.
Mungkin tak semua orang akan faham perkara ni.
Dalam pada itu, Fify mengakui bahawa untuk benar-benar melepaskan segala kesakitan serta kenangan hubungan lalu bukanlah sesuatu yang mudah baginya.
Tapi bila kita betul-betul sayang seseorang dengan sepenuh hati, nak sembuh tu bukan benda yang boleh jadi dalam satu malam tau.
Nak lepaskan seseorang dan tak bersama dia lagi itu satu perkara. Tapi nak biarkan cerita yang tak betul terus bertebaran, itu benda lain.
Sebelum ini, Fify menjadi perhatian ramai apabila mendakwa teman lelakinya yang berinisial NZ berlaku curang dan turut berkongsi beberapa tangkap layar perbualan yang didakwa membabitkan kekasihnya dengan seorang wanita lain yang dipercayai personaliti media sosial, Sarah Yasmine.
Sumber: Threads Fify Azmi








