Pelakon Fify Azmi meluahkan rasa kecewa terhadap pengkhianatan yang didakwa dilakukan oleh teman lelakinya yang dikenali sebagai NZ.

Artikel Berkaitan: Fify Azmi Dedah ‘Screenshot’ Dicurangi, Nama Sarah Yasmine Dipetik Punca Hubungan Dengan NZ Berakhir?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Netizen Kecoh, Kami Okay Saja’ – Niezam Zaidi Akui Masih ‘Partner’ Fify Azmi

Luahan Fify Azmi

Menerusi hantaran di Threads, Fify atau nama lengkapnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, 36, berkata bahawa dia bukanlah jenis wanita yang akan menyalahkan atau menyerang perempuan lain apabila berlaku pengkhianatan dalam sesebuah hubungan.

Sebaliknya, rasa kecewa itu lebih tertumpu kepada pasangan yang telah berjanji untuk setia dan mempertahankan hubungan tersebut.

Saya tidak pernah menjadi wanita yang menyerang atau maki perempuan lain kerana pengkhianatan seorang lelaki. 

Jika pasangan saya curang, kekecewaan saya ditujukan kepada orang yang berhutang kesetiaan dan janji kepada saya.

Dalam perkongsian sama, Fify tertanya-tanya bagaimana seseorang yang pernah meluahkan rasa cinta memilih untuk melukakan hatinya. Lebih menyedihkan, perkara itu berlaku ketika sambutan ulang tahunnya yang ke-36.

Saya duduk diam dan tertanya-tanya bagaimana seseorang yang mengaku mencintai saya masih memilih untuk menyakiti saya.

Bukan pada hari biasa, tetapi pada hari lahir saya yang ke-36. Apa yang saya tahu, sebahagian diri saya menjadi lebih pendiam selepas kejadian itu.

Fokus diri sendiri

Dalam hantaran yang sama, pelakon itu seolah-olah memberi bayangan bahawa dia kini mahu memberi fokus kepada ketenangan dan kebahagiaan diri sendiri.

NZ, semoga segala urusan dipermudahkan untuk apa yang bakal mendatang.

Saya memasuki bab baharu dalam hidup dengan ketenangan, kekuatan dan rasa hormat terhadap diri sendiri.

Apa yang ditakdirkan untuk saya akan datang dan apa yang pergi sememangnya tidak ditakdirkan untuk kekal.

Sebelum ini, Fify menjadi perhatian ramai apabila mendakwa teman lelakinya berlaku curang dan turut berkongsi beberapa tangkap layar perbualan yang didakwa membabitkan kekasihnya dengan seorang wanita lain yang dipercayai personaliti media sosial, Sarah Yasmine.

Sumber: Threads Fify Azmi