
Penyanyi Syasya Rizal menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dirinya baru menjadi peminat BTS kerana terikut-ikut trend atau mengalami FOMO (Fear of Missing Out) hanya untuk menghadiri konsert kumpulan itu yang bakal berlangsung pada Disember ini.
Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Nafi Perli Dolla, Hanya Kongsi Pendapat Soal Kahwin Muda– ‘Tak Semua Yang Dikongsi Berkait’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dulu Malu Duduk Rumah Flat, Tapi Sederhana Itu Paling Indah’ – Syasya Rizal
Pernah tahap delulu

Menerusi satu hantaran di Threads, Syasya atau nama penuhnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, menjelaskan bahawa peminat lama BTS pasti mengetahui suasana ‘fandom’ pada awal kemunculan kumpulan K-pop tersebut.
Ada yang cakap saya tiba-tiba jadi ARMY sebab FOMO, nak pergi concert.
Tapi rasanya ARMY yang lama tahu, zaman dulu kita bukan setakat stream lagu.
Kita siap buat fanfic dekat Facebook lagi.
Tambah Syasya lagi, dia mengakui pernah berada pada tahap obses terhadap kumpulan K-pop itu sehingga sanggup mereka bentuk sendiri dan menyunting kulit hadapan fanfik.
Ini antara receipt tahun 2014 dan tahun 2015, masa umur 13 tahun atau 14 tahun, level delulu sampai edit cover fanfic sendiri tau.
Banyak lagi video cover dance BTS sebenarnya, cuma yang itu saya simpan je sebab waktu itu saya belum bertudung.
Jaga batas & hormat suami

Dalam pada itu, Syasya turut menjelaskan bahawa kehidupannya kini berbeza berbanding ketika zaman remajanya apabila dia tidak lagi mengikuti perkembangan artis serta berusaha menjaga batas dan menghormati suaminya.
Sekarang saya dah ada suami, anak, kerjaya dan kehidupan yang berbeza.
Jadi memang saya dah tak follow artis macam dulu, dan saya juga cuba menjaga batas serta menghormati suami saya.
Dalam masa sama, Syasya menegaskan bahawa muzik yang pernah menjadi sebahagian daripada zaman remajanya tetap dihargainya hingga hari ini.
Tapi muzik yang pernah menjadi sebahagian daripada zaman remaja saya? Mestilah saya masih hargai sampai hari ini.
Jadi kalau nak kata saya baru minat BTS sebab FOMO, saya ada banyak bukti yang saya fans dari era ‘We Are Bulletproof’ lagi.
Fanfic dan dance cover la paling banyak.
Sumber: Threads








