Pelakon jelita, Tiz Zaqyah mengakui bahawa dia berasa malu untuk menikmati buah pisang ketika berada di tempat awam gara-gara pemikiran sesetengah orang yang suka mengaitkan makanan dengan seksual.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Nak Tunjuk Pandai, Memalukan’ – Tiz Zaqyah
Artikel Berkaitan: Tiz Zaqyah ‘Nasihat’ Kawan-Kawan Tak Ambil Vaksin – ‘Ego, Bongkak. Semua Orang Dah Vaksin Kamu Je Belum’
Simbol seksual
Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak mendedahkan perkara itu menerusi ciapanya di Twitter.
Sampai ke hari ini saya tak makan buah pisang di tempat awam, hanya disebabkan oleh pemikiran kotor sesetengah orang.
Pelakon drama Nur Kaish itu mengulang ciap satu kenyataan seorang pengguna Twitter yang turut menghadapi gangguan yang sama apabila berdepan dengan individu yang sering menggunakan makanan sebagai simbol seksual.
Penatlah biar orang nak ‘sexualise’ makanan dengan aktiviti seks.
Tengok perempuan makan aiskrim, kau fikir seks. Tengok perempuan makan siput sedut, kau fikir seks.
Kecil-kecil tak nak mati. Boleh tak biarkan sahaja orang makan dengan tenang..
Pemikiran kotor
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata ramai warganet turut berkongsi masalah yang sama ketika menikmati makanan dan berasa kurang selesa apabila berhadapan dengan situasi seperti itu.
Sumber: Twitter