berita

Saya Dan Hans Isaac Sudah Tiada Sebarang Perasaan Cinta – Elaine Daly

February 27th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

ELAINE DAILY / BELLA /  NTV7

Pelakon serta pengacara Elaine Daly, 36 akui selama 16 tahun mengenali aktor kacak Hans Isaac, dirinya telah menganggap hubungan mesra mereka hanya sekadar kawan rapat atau lebih disifatkan seperti adik-beradik, tanpa melibatkan sebarang perasaan cinta.

“Kami ibarat kawan baik selepas berpisah sepuluh tahun lalu dan saya juga anggap dia seperti abang saya. Kedua-dua belah keluarga kami pun rapat. Saya dan Hans sudah tiada sebarang perasaan cinta.

“Sebelum ini Hans pun ada keluar lepak bersama-sama saya dan bekas teman lelaki saya. Kami menghormati satu sama lain dan saya andaikan perpisahan kami adalah perpisahan terbaik sepanjang hidup saya.”

Mengulas lebih lanjut mengenai hubungannya dengan Hans, pengacara ‘The Breakfast Show’ ini akui tidak merasa rimas sekiranya namanya sering dikaitkan dengan jejaka tersebut, kerana sebelum ini mereka pernah bercinta dalam tempoh waktu yang agak lama.

“Enam tahun bersama Hans adalah satu tempoh panjang malah, ada antara kawan-kawan saya yang berkahwin pun tidak sampai usia enam tahun.

“Tidak menjadi masalah kalau saya sering dikaitkan dengan Hans sebab kami bersama dalam satu tempoh yang panjang.

“Apapun saya bersyukur kerana tidak membuat keputusan terburu-buru untuk berkahwin ketika berusia 20-an kerana kematangan dan pemikiran kita berbeza apabila kita semakin berusia. Sekarang saya sudah bersedia untuk bergelar isteri dan seorang ibu!”

Dalam pada itu, aktres jelita ini turut menegaskan yang hubungannya dengan Hans tidak mungkin bersatu.

Selagi Hans gembira dengan tindakan yang dilakukannya, saya pun gembira. Kalau dia nak kahwin dengan siapa pun saya gembira. Tapi saya tegaskan kami tak akan boleh bersama atau berkahwin kerana kami umpama adik-beradik.

Sumber : Kosmo Online!