berita

[VIDEO] ‘Tempoh Hari Jawab Sudah Ada Formula, Semalam Bagi Alasan Tidak Punya Masa Untuk Baiki Padang’ – Shahrol

December 8th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

hans shahrol

Bekas pelawak kumpulan Shiro, Shahrol menegur Datuk Hans Isaac selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengenai isu gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya yang terjejas selepas berlangsungnya konsert kumpulan Coldplay.

Artikel Berkaitan: ‘Influencer’ Gesa Konsert Coldplay Dibatal, Netizen Ungkit Video Zumba & Isu Anak Menangis Di Kedai Makan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Semoga Korang Yang Pergi Coldplay Tak Ditimpa Bala Kehilangan Anggota Badan’

Patut ada plan lain

hans snbj

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shahrol kesal dengan Hans yang sebelum ini mengatakan ‘saya sudah menjadi expert rumput sekarang‘ namun semalam mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf berhubung kondisi padang Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kata Shahrol, pihak pengurusan sepatutnya sudah ada ‘backup plan’ kerana tidak logik ingin memperbaiki padang ke tahap optimum dalam tempoh singkat.

Bro Hans, tak salah kecaman dari netizen kerana itu adalah sebuah ekspresi kekesalan dengan apa yang berlaku. Bila dipersoalkan tempoh hari, kamu jawab sudah ada formula tetapi hari ini (Khamis) keluar kenyataan mohon maaf dan alasan tidak punya masa untuk perbaiki.

Saya akui tidak bijak tetapi bukankah di dalam pengurusan kamu sudah maklum jadual penggunaan stadium. Jika kamu benarkan penggunaan untuk konsert maka implikasinya kamu sudah tahu.

Mustahil ianya boleh diperbaiki dalam tempoh terdekat jadi kamu perlu ada plan lain seperti tukar perlawanan final ke stadium lain. Atau juga konsert diubah ke stadium lain.

Kesian TMJ

TMJ

Dalam pada itu, pemilik nama Shahrol Azizie Azmi turut meluhakan rasa kasihan terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sudah bersusah payah menaikkan mutu bola sepak.

Kadangkala kasihan melihat komitmen tenaga dan wang ringgit TMJ yang benar-benar ingin membantu menaikkan mutu bola sepak kita tetapi disampahkan seperti itu sahaja.

Tak salah untuk kita ambil jawatan tetapi biarlah ianya di dalam ruang lingkup bidang kita agar ianya boleh dilakukan dengan setulus hati agar satu pembaharuan boleh dibawa.

Semalam, Perbadanan Malaysia (PSM) memohon maaf kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku penganjur Piala Malaysia 2023 berikutan keadaan padang SNBJ yang kurang memuaskan menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia, malam ini.

Sebelum ini, TMJ mengurniakan rumput jenis Zeon Zoysia untuk digunakan di SNBJ yang mula ditanam tahun ini.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×