
Baru-baru ini, seorang wanita mendakwa dirinya menjadi mangsa serangan seksual oleh seorang individu berstatus tinggi dan dikenali ramai.
Artikel Berkaitan: Rogol Cucu Tiri 13 Tahun Sampai Hamil 5 Bulan, Datuk Mengaku Bernafsu Tengok Mangsa Berpakaian ‘Seksi’
Artikel Berkaitan: Pelawak Berusia Lingkungan 40 Tahun Ditahan Polis Disyaki Rogol Gadis
Mangsa rogol ustaz?

Menurut perkongsian di aplikasi X, mangsa mendakwa pada mulanya dia berjumpa dengan individu berkenaan untuk tujuan rawatan alternatif.
Namun, keadaan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia mendakwa telah diperlakukan tanpa kerelaan.
Baru-baru ni, saya kenal dengan seorang ustaz ni, itu pun sebab berubat. Dipendekkan cerita, ustaz ni telah merogol saya tanpa rela.
Bagaimanapun, mangsa mengakui dirinya berdepan ketakutan dan dilema untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Hal ini kerana, individu yang didakwa terlibat merupakan seorang yang berpengaruh dan memiliki ramai pengikut.
Saya takut nak buat aduan sebab ustaz ni terkenal, orang besar politik.
Pengikut dia ramai, kalau saya tuduh dia ramai yang akan kecam dan mungkin saya pun dalam bahaya.
Mesti orang kata ini fitnah.
Perkongsian itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang meluahkan rasa simpati dan marah terhadap penyalahgunaan kuasa oleh pihak tertentu.
Ramai juga menyeru agar mangsa tampil membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan dengan adil dan telus.
Sumber: X Meinmokhtar








