Selepas selesai prosiding sulh kedua yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam petang Selasa, pasangan pelakon Farid Kamil dan isteri, Diana Danielle masih belum menemui kata putus.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil & Diana Danielle Tiada Persetujuan, Proses Hadanah Masih Panjang
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sayang Masih Bertambah’ – Farid Kamil & Diana Danielle Hadir Proses Sulh Kedua
Diarah hantar surat 5 hari sebelum jumpa anak
Pelakon filem Anwar: The Untold Story itu memberitahu dia akan terus berusaha untuk memperbaiki hubungannya dengan Diana.
Saya hanya dapat melihat dia dari mata. Tiada komunikasi secara depan-depan tapi mungkin di dalam hati siapa yang tahu.
Tambah Farid lagi, terdapat penambahan melibatkan syarat lawatan anak-anak yang kini berada di bawah jagaan aktres tersebut.
Dia ada pembaharuan lah dalam nak jumpa anak sekarang ni. Saya disuruh untuk menghantar surat lima hari sebelum jumpa anak. Itu adalah perintah mahkamah. Jadi saya harus patuhi dan saya selesa.
Apabila ditanya mengenai harapan terhadap hubungannya dengan Diana, Farid memberitahu bahawa dia menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. Tetapi dalam masa yang sama dia akan terus berusaha untuk menyelamatkan keluarganya supaya kembali bahagia seperti dahulu.
Pada 20 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Alasan diberikan aktres itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sekadar info, Farid dan Diana berkahwin pada November 2012. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora.