Prosiding sulh antara pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil masih belum menemui jalan penyelesaian.
Aktres itu juga meninggalkan perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada petang Khamis tanpa memberi sebarang kenyataan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sayang Masih Bertambah’ – Farid Kamil & Diana Danielle Hadir Proses Sulh Kedua
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Tolak Tawaran Farid, Nekad Mahu Teruskan Perceraian
Artikel Berkaitan: ‘Rasa Cinta Sudah Pudar, Awak Tak Cukup Kenal Saya’ – Diana Dianelle
Belum selesai
Menurut peguam syarie yang mewakili Diana, Puteri Ummi Kartini Abdul Latif menjelaskan bahawa prosiding sulh berkenaan hadanah iaitu hak jagaan anak-anak pasangan selebriti itu pada hari ini masih belum selesai.
Untuk hari ini adalah sulh hadanah induk, iaitu kita failkan untuk hadanah penuh. Tidak ada lagi persetujuaan untuk hari ini jadi kita akan teruskan untuk sesi sebutan di mahkamah.
Beliau juga berkata pihak Diana tidak pernah menghalang Farid untuk berjumpa dengan anak-anak mereka.
Pada hari ini kita plantif dan kita yang mula kes ini. Kita minta macam biasa iaitu hak jagaan pada Diana dan hak lawatan pada Farid.
Kita tak pernah nafikan dan Diana pun sentiasa flexible untuk Farid jumpa anak-anak.
Sementara itu, beliau menjelaskan bahawa kes tersebut masih perlu melalui proses yang lebih panjang selepas ini.
Selepas ini sebutan mahkamah di hadapan Yang Arif.
Masih panjang kerana hadanah penuh ni kita perlukan perbicaraan. Kita masih belum tahu apa ‘stand’ Farid.
@ohbulanofficial Replying to @rush q? Penerangan dari Peguam Syarie yang mewakili Diana, Puteri Ummi Kartini Abdul Latif #ohbulan #fyp #news #DianaDanielle ? original sound – OHBULAN!
Ketika di temui OhBulan! peguam aktres berusia 32 tahun itu menjelaskan bahawa anak guamnya tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan perceraian.
Masih diperingkat JKP dan anak guam masih mahu teruskan kes perceraian tersebut.
Pada 30 Mei ini akan berlangsung sebutan kes interim hadanah secara terperinci.
Sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak-pihak yang terbabit dalam suatu pertikaian, membabitkan satu atau lebih tuntutan dengan dipengerusikan oleh pegawai sulh.
Seandainya suatu persetujuan secara damai dapat dicapai secara sukarela antara kedua belah pihak, ia akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.
Pada 20 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Alasan diberikan aktres itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sekadar info, Farid dan Diana berkahwin pada November 2012. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora.
@ohbulanofficial Replying to @bbrightuwin Apa-apa pun.. kita doa yang baik baik aje.. ??#ohbulan #fyp #news #DianaDanielle ? original sound – OHBULAN!