Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki berdepan dengan detik cemas selepas nyaris dirodok dengan parang oleh seorang penyamun.
Artikel Berkaitan: Lelaki OKU Berdepan Detik Hitam, Dipaksa Buat Hubungan Luar Tabii Di Pondok Kebun Sayur
Tawar hantar mangsa pulang ke rumah
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang dikenali sebagai Sam, 30-an memaklumkan bahawa dia yang baru selesai berhibur cuba untuk menempah perkhidmatan e-hailing untuk pulang ke rumah.
Ketika sedang cuba untuk menempah perkhidmatan e-hailing, Sam didatangi penyamun tersebut yang pada awalnya menawarkan diri untuk menghantarnya pulang ke rumah.
Masa itu lebih kurang 5 pagi, saya cuba dapatkan Grab (e-hailing) tetapi tak dapat dan pilihan lain adalah tunggu tren tetapi kena tunggu sampai jam 6 pagi baru ada .
Ketika berjalan seorang diri di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Alor, suspek yang menaiki kereta mewah Audi menghampiri saya tawar untuk hantar saya pulang ke rumah.
Saya was-was juga awalnya tetapi memandangkan tiada pilihan lain dan wajah lelaki itu nampak macam baik lalu saya bersetuju untuk menumpang kenderaannya.
Sam kemudiannya mula bertukar resah dan gusar apabila suspek dilihat tidak mahu memberhentikan kenderaannya walaupun ketika itu mereka sudah berada di sekitar kediamannya.
Malah, suspek dilihat meneruskan pemanduannya tanpa sebarang tujuan selama lebih 60 minit.
Berang dengan Sam yang sering mempersoalkan hala tuju mereka, suspek kemudiannya bertindak mengeluarkan sebilah parang dan mengacukan ke arahnya berhampiran bangunan Angkasapuri.
Dia keluarkan parang dan acukan pada saya sambil ugut ‘kau bising lagi aku kerat kau, jangan main-main dengan aku, aku tengah high (mabuk) ni’ dan meminta saya mengeluarkan semua barang berharga.
Suspek juga meminta nombor pin kad pengeluaran wang automatik (ATM) tetapi saya buat-buat seperti orang bodoh, saya cakap telefon bimbit itu semua barang saya orang bagi dan dia jadi lagi marah.
Sam yang mula takut dengan insiden itu cuba membuka pintu untuk melarikan diri apabila melihat suspek leka melihat telefonnya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Namun, suspek berjaya untuk menarik Sam masuk kembali ke dalam kereta sebelum terus memecut laju.
Mangsa gigit suspek hingga gigi sendiri pecah
Gambar sekadar hiasan
Nekad mahu menyelamatkan diri, Sam mendedahkan bahawa dia cuba merampas parang dari suspek sehingga menyebabkan berlakunya pergelutan.
Pergelutan itu telah menyebabkan kenderaan dinaiki mereka terbabas ke bahu jalan.
Bukan itu sahaja, Sam mendedahkan mereka kemudiannya saling berbalas pukulan sebelum dia bertindak menumbuk suspek berkenaan sekuat hati untuk menyelamatkan diri.
Saya fikir sama ada lawan atau mati, jadi bila nampak dia cuba capai parang di paha kanan dia itu, saya cepat-cepat cuba halang, saya bangun dan cuba rampas parang itu tetapi dia cuba tikam dada saya, nasib baik berjaya elak.
Saya gigit leher dia sekuat-kuat hati sampai berdarah sampai gigi saya sendiri pecah. Kemudian saya buka pintu bahagian pemandu dan meminta tolong orang berdekatan tetapi ramai yang tengok sahaja.
Sampailah ada dua penunggang motosikal yang masuk campur dan cuba meleraikan pergelutan antara kami.
Kini, Sam mengalami kecederaan dan terpaksa menerima lima jahitan ekoran kecederaan yang dialaminya.
Sam berharap agar suspek tersebut ditahan segera oleh pihak polis kerana risau sekiranya perkara sama terjadi pada orang lain lebih-lebih lagi pada wanita atau kanak-kanak.
Sumber: Harian Metro