Foto: Harian Metro
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 28 tahun berdepan dengan satu detik hitam dalam hidupnya selepas dipaksa untuk melakukan persetubuhan luar tabii oleh seorang lelaki di sebuah pondok kebun sayur pada Ahad yang lalu.
Artikel Berkaitan: Diumpan Hisap Vape, Tiga Remaja Bawah Umur Tak Sedar Dirogol Secara Berkumpulan
Kononnya mahu tolong hantar pulang
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku di Batu Gajah itu terjadi apabila mangsa yang merupakan lelaki OKU lemah intelektual itu diperdaya oleh seorang lelaki berusia 36 tahun yang kononnya mahu menghantaranya pulang ke rumah sebelum dipaksa melakukan perbuatan keji itu kira-kira 4 petang.
Menurut Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif, suspek kemudiannya ditahan serta telefon bimbitnya dirampas pihak polis.
Ketika kejadian, suspek memaksa mangsa melakukan oral seks selepas memperdaya mangsa.
Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan suspek akan direman selama 5 hari bermula semalam (Selasa) hingga 6 Mei ini.
Sumber: Harian Metro