berita

‘Saya Hanya Menerangkan Akta Sedia Ada’ – Isu Lesen Penggambaran FINAS, Ini Penjelasan Menteri

July 23rd, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Hari ini viral apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan semua penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP). Laporan itu telah menimbulkan reaksi negatif sebilangan besar penghasil filem, serta netizen di laman sosial termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Artikel Berkaitan : Selebriti Media Sosial, Netizen Kurang Setuju Arahan Wajib Mohon Lesen Penggambaran FINAS

Terbaru, Menteri KKMM memberi penjelasan berhubung isu ini selepas menerima kritikan orang ramai. Menurutnya, dia hanya menerangkan tentang undang-undang yang sedia ada bukan berkaitan dengan mana mana parti.

Hanya menjawab soalan

Ketika menjawab soalan itu, saya hanya menerangkan tentang undang-undang yang sedia ada, iaitu Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 [Akta 244] yang diluluskan Parlimen pada tahun 1981.

Pada 1981, teknologi pada masa itu tiada langsung media sosial seperti Tik Tok, YouTube dan sebagainya. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) ambil maklum bahawa Akta ini perlu penambahbaikan.

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×