berita

‘Saya & Isteri Jadikan Pandemik Covid-19 Sebagai Pengajaran’ – Izzue Islam Dedah Tak Suka Bermewah

June 26th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Bukan seorang yang suka menghabiskan wang ringgit demi memenuhi hobi yang mahal sebaliknya penyanyi, pelakon dan pengacara, Izzue Islam mendedahkan dia dan isteri lebih memilih untuk menyimpan demi masa hadapan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mandi Hujan Ketika Raya Pertama, Netizen Doakan Izzue Islam & Isteri Dikurniakan Zuriat

Jadikan pandemik sebagai pengajaran

Saya tidak habiskan (duit) untuk hobi, macam saya dan isteri sekarang ni, kita orang sebenarnya banyak menyimpan duit, kumpul sebab kita dah belajar daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ni kan (selama dua tahun).

Kita tak tahu apa yang berlaku di kemudian hari, sama ada terhadap negara ataupun terhadap diri kita sendiri.

Saya dan isteri risau kalau apa-apa berlaku kepada kami jadi, dengan adanya simpanan sikit tu boleh lah kita rasa ‘selamat’ sikit.

Izzue mendedahkan perkara itu sewaktu ditemui OhBulan! ketika hari pertandingan M8 Pushbike Championship 2023 yang diadakan di Tropicana Gardens Mall Convention Centre pada Sabtu.

Turut menyimpan untuk orang sekeliling

Menurut Izzue, langkah yang dibuatnya itu bukan sahaja untuk membantunya dan isteri ketika berdepan dengan situasi kecemasan malah berharap dengan simpanan yang dibuatnya itu mampu untuk membantu orang sekeliling terutama sekali ahli keluarga.

Izzue banyak simpan seperti contoh, yang mana perlu guna (duit) kita guna dan selebihnya Izzue simpan mungkin untuk pelaburan dan juga kecemasan.

Risau, takut sebab kadang-kadang duit tu memang ada untuk kita tapi kita tak tahu mungkin ada juga orang yang memerlukan seperti ahli keluarga kita yang lain ke, saudara mara ke ataupun jiran-jiran kita sendiri.

Jadi, kalau ada (simpanan) sedikit tu boleh lah kita gunakan juga untuk orang lain.

Selain Izzue, artis lain yang turut memeriahkan pertandingan M8 Pushbike Championship itu ialah Ippo Hafiz yang turut mendendangkan beberapa buah lagu buat para tetamu yang hadir.

Bukan itu sahaja, pertandingan yang diadakan di Tropicana Gardens Mall Convention Centre itu turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim.

SKIP THIS AD ×