berita

‘Saya Jadi Penyanyi Bukan Nak Lawan Aina Abdul Tapi Sebab Minat, Kalau Masuk AJL Bonus’ – Sean Lee

January 21st, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

sean lee

Pelakon dan pengacara Sean Lee menjelaskan tujuan dia menceburi bidang muzik bukan untuk menjadi seorang penyanyi terkenal mahupun bersaing dengan mana-mana penyanyi sedia ada.

Artikel Berkaitan: Sean Lee Rancang Tamatkan Zaman Bujang? Serahkan Kepada Orang Ramai Cari Siapa Kekasih Hati

Artikel Berkaitan: Try Hard Tiru Jung Kook BTS, Netizen Minta Sean Lee Jadi Diri Sendiri – ‘Jangan Menari Kalau Tak Pandai’

Buat kerana minat

Sean Lee

Ketika ditemui OhBulan! Sean berkata dia memasuki bidang muzik sebagai salah satu cara meluahkan perasaan dalam lagu selain ingin menerokai cabang seni yang lain.

Katanya, niat untuk berbuat demikian sudah lama, namun peluang itu baru muncul sekarang.

Sebenarnya sudah lama saya ingin menceburi bidang muzik. Minat ke arah muzik itu bukan sebab saya mahu penyanyi terhebat di tanah air. Saya tak mahu lawan Aina Abdul atau masuk Anugerah Juara Lagu, itu bukan apa yang saya lihat.

Tetapi kalau ada rezeki untuk ke Anugerah Juara Lagu itu adalah bonus, tetapi saya buat muzik adalah kerana mahu menerokai minat dan kebolehan saya. Ini sama dengan apa yang terjadi kalau saya berlakon, ia tentang idea dan kreativiti yang ingin dipamerkan.

Niat itu sudah lama ada tetapi peluang itu baru muncul sekarang. Muzik adalah ‘universal’, saya tidak mahu fokus kepada mana-mana genre, ia bergantung kepada rasa yang ingin disampaikan.

Sean berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada majlis sama, aktor berusia 30 tahun itu turut membuat persembahan menerusi lagu sulungnya berjudul Tak Sanggup Terima.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai tarian dalam muzik video lagu berkenaan yang didakwa meniru penyanyi Korea iaitu Jung Kook, Sean menjawab dia terbuka menerima kecaman orang ramai.

Awalnya saya tidak tahu tentang tarian saya itu menjadi tular dan ada segelintir yang tidak suka. Sebab saya jenis yang tidak baca komen kerana tidak elok untuk kesihatan mental.

Komen yang baik atau tidak baik saya terima dengan hati yang terbuka. Saya faham setiap orang ada pandangan masing-masing, tetapi hanya saya yang tahu apa terjadi di belakang tabir. Lantak lah orang nak cakap apa pun.

SKIP THIS AD ×