berita

‘Saya Jawab Relax Kan, Tak Ada Rapping Rapping Kan? – Noh Salleh Tuju Pada Siapa?

February 6th, 2024 | by Alia
Kini Trending

noh salleh perli

Semalam berlangsungnya prosiding sulh bagi hak penjagaan anak angkat kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh dengan aktivis kemanusiaan iaitu Mizz Nina yang dilaksanakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Suami kepada Mizz Nina iaitu Essam Muhammad hadir ke mahkamah bagi mewakilinya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noh Dakwa Dianiaya, Terkejut Mizz Nina Tarik Kes Penjagaan Anak – ‘Apa Permainan Dia’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Mizz Nina Selar Tindakan Noh Salleh Dedah Identiti Musa & Ibu Kandung – ‘Itu Bukan Nama Sebenar Dia’

Noh sindir siapa?

noh perli

Seusai prosiding tersebut, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh dilihat mengulang siar hantaran peguamnya iaitu Muhammad Shamsyuar Jasmin di Instagram (IG).

Penyanyi berusia 39 tahun itu turut memberi respon terhadap hantaran berkenaan.

Saya jawab relax kan? Tak ada rapping rapping kan?

Sebelum itu, pelantun lagu angin kencang tersebut mengakui terkejut apabila Mizz Nina menarik semula kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara anak angkat mereka, Musa.

Noh menafikan dakwaan dia menculik anak angkat mereka pada 19 Disember lalu. Justeru itu, Noh mendakwa dia telah dianiaya dan hanya mahukan kebenaran.

Sementara itu, Essam memaklumkan bahawa Mizz Nina mempunyai dokumen hak penjagaan yang sah dan tidak mahu anak angkat mereka menjadi mangsa kemelut yang melanda.

Dalam nada tegas, penyanyi rap berasal daripada Amerika Syarikat itu meminta Noh untuk berhubung secara terus dengannya sekiranya mahu berbincang mengenai isu penjagaan Musa.

Sekadar info, Noh dan Mizz Nina atau nama sebenar, Shazrina Azman, 44, mendirikan rumah tangga pada Julai 2011, namun, bercerai pada Ogos 2022 dan tidak dikurniakan zuriat.

Sumber: IG Noh Salleh

SKIP THIS AD ×