berita

Saya Jenis Observe Orang – Nelydia Senrose

November 28th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Nelydia

Saya jenis yang observe orang antara kenyataan yang terpampang di muka hadapan majalah Remaja keluaran terbaru. Buat kali kedua, Nelydia Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen telah dipilih sebagai penghias muka depan majalah remaja edisi 1 Disember 2013.

Terdahulu, Nelydia digandingkan bersama Amar Asyraf, dan Aiman Hakim Ridza untuk edisi Mei. Namun sekali lagi Nelydia diberikan kepercayaan untuk beraksi dihadapan lensa kamera.

Nelydia

Aksi Nelydia dihadapan lensa kamera

Menerusi foto yang dipaparkan, penampilan Nelydia kelihatan sangat funky dengan padanan busana ketat rona terang dan solekan tipis pada wajahnya. Malah, foto tersebut telah menarik pelbagai respon positif daripada peminat.

Nelydia

Respon para pengguna laman sosial kepada Nelydia

Mempunyai persamaan dengan edisi lepas, Remaja sekali lagi tampil mengupas isu-isu cinta bagi si dia yang ingin mengetahui tentang selok belok alam percintaan.

Terdapat pelbagai isu menarik bakal dikupas oleh Remaja khusus untuk kaum Hawa, antaranya 5 sebab utama lelaki berani curang, singkap 1001 makna nama & karaktermu, cinta kita di zon bahaya dan saya suka observe orang daripada Nelydia.

Sumber : Facebook Remaja

SKIP THIS AD ×