Pelakon Hariz Hamdan menjelaskan telah mendapat kebenaran daripada Nelydia Senrose sebelum berkongsi video bersama aktres itu di media sosial.

Artikel Berkaitan: Hariz Hamdan Mohon Maaf Isu Nelydia Terpeluk Tangan Dalam ‘Cable Car’ – ‘Dia Gugup & Panik’

Artikel Berkaitan: Nelydia Senrose Muat Naik Gambar Berhijab, Netizen Titip Doa Agar Kembali Pakai Tudung

Dah minta izin

Ketika ditemui OhBulan!, Hariz memaklumkan dia terlebih dahulu meminta keizinan daripada Nelydia kerana menghormati status aktres itu sebagai isteri orang.

Sebelum viral tu saya ada hubungi Nely, sudah tentulah saya perlu hormati statusnya yang sudah berkahwin. Saya tanya dia, bolehkah post ni, katanya boleh saja.

Pelakon drama Keluarga Itu ini juga memaklumkan bahawa hantaran tersebut hanyalah untuk menghiburkan peminat dan berkongsi pengalaman sewaktu mereka menjalani penggambaran di Langkawi.

Itu antara momen best dan kelakar yang niat saya hanya untuk share kepada peminat. Itu saja.

Niat saya kongsikan video itu bukan untuk viral, ia sekadar untuk kongsikan pengalaman dan momen best shooting.

Seperti kakak dan adik

Dalam pada itu, Hariz mengakui mempunyai hubungan rapat dengan Nelydia, namun ia sekadar seperti kakak dan adik memandangkan mereka sudah saling mengenali sepanjang penggambaran.

Dalam kereta kabel itu merupakan minggu terakhir shoot dengan team. Kami dah rapat dah, saya anggap dia macam kakak dan dia anggap saya macam adik.

Bagaimanapun, Hariz memohon maaf andai ada pihak yang tersinggung dengan tindakannya memuat naik video berkenaan.

Sudah tentulah ramai yang salah anggap, saya tidak salahkan mereka, cuma daripada pihak saya, minta maaf kalau ada yang sakit hati, tersinggung perasaan.

Aktor itu turut menganggap situasi yang berlaku sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Itu learning lesson untuk saya, kalau ada yang cakap tak elok, bukan niat saya untuk post. Bila ada yang tak suka, saya anggap sebagai pengajaran.

Sebelum ini, Hariz Hamdan tampil memohon maaf kepada orang ramai susulan video tular memaparkan aktres, Nelydia Senrose memeluk tangannya tanpa sengaja ketika menaiki kereta kabel di Pulau Langkawi.