Tindakan Jasmine Suraya memuat naik beberapa keping foto ketika menghadiri seperti satu majlis ritual di Delhi, India telah menimbulkan spekulasi pelakon itu telah menukar agama.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Belajar Secara Berperingkat’ – Jasmine Suraya Gembira Hadir Majlis Agama & Kelas Tahfiz
Bukan ritual agama
Ketika dihubungi, Jasmine menafikan andaian netizen yang menyangka dia kini sedang mendalami serta menganut agama lain.
Kata aktres berumur 33 tahun, percutian kali ini untuk merehatkan minda selepas penat lelah bekerja selain ingin menerokai budaya dan tradisi masyarakat India.
Saya ke India atas sebab bercuti setelah penat bekerja. Saya memang suka melancong jika ada kelapangan jadual, jadi kali ini saya memilih India.
Jelasnya lagi, upacara yang dihadiri itu bukanlah ritual keagamaan mana-mana agama sebaliknya hanya sekadar sesi rejuvinasi diri.
Daripada pemerhatian saya kepada banyak ritual dan kepercayaan di India dan menyaksikan sendiri dengan mata kepala sendiri kemiskinan yang berlaku di sana, saya percaya bahawa agama adalah landasan yang baik membentuk jati diri manusia.
Saya percaya agama berfungsi sebagai panduan untuk menjadi orang yang baik, untuk memberi kembali bukan sahaja kepada diri kita tetapi kepada semua orang dan setiap spesies di sekeliling kita.
Percutian ini bukan sekadar pengembaraan kosong, sebaliknya ia telah mengajar saya kesederhanaan hidup dan kejayaan seseorang tidak boleh diukur dan dinilai dari segi material.
Sebelum ini, menerusi hantaran di Instagram (IG), Jasmine berkongsi momen dirinya seperti mengikuti beberapa upacara keagamaan. Selain itu, pelakon wanita yang berasal dari Kuching ini turut dilihat memakai kerudung dan juga sehelai pakaian tradisi masyarakat India.
Pernah tertekan fikir ‘content’
Tambah pemilik nama Jasmine Suraya Chin Xian Mei, percutian kali ini juga sebagai satu escapism daripada media sosial.
Sebagai selebriti, adalah satu kemestian untuk mengemas kini perkembangan terkini di media sosial. Kadang-kadang ada rasa sedikit ketinggalan jika tiada apa yang hendak dimuat naik di IG. Situasi ini ada kalanya membuatkan saya sedikit tertekan, apatah lagi untuk memikirkan kandungan apa yang terbaik untuk dikongsikan kepada pengikut saya.
Saya dan pihak pengurusan sedang merangka perancangan terbaharu untuk memastikan dia aktif di laman sosial.
Terdahulu, Jasmine tidak pernah mendedahkan agama yang dianutinya namun secara terbuka mengakui pernah menghadiri kelas agama Islam sebagai untuk menambah ilmu pengetahuan.
Projek terbaru
Dalam perkembangan lain, Jasmine bakal memulakan penggambaran sebuah drama komedi romantik, serta bakal membintangi sebuah projek bersama penerbit terkenal, Datuk Saniboey.
Kata pelakon filem Paskal, dia sangat teruja untuk menjayakan watak daripada projek yang bakal disiarkan di Tonton TV ini. Watak yang ditawarkan merupakan antara watak paling diimpikan olehnya dan percutian ke India ini juga antara salah satu cara untuk Jasmine membentuk persona untuk karakter seterusnya.