Pelakon, Jasmine Suraya mengakui dirinya lebih selesa fokus mengenai hal yang lebih penting berbanding memikirkan kisah peribadinya yang sering menjadi bualan di media sosial.
Artikel Berkaitan: Tak Sangka Dia Buat Surprise, Jasmine Suraya Akui Jatuh Cinta Dengan Di Matamu
Artikel Berkaitan: Jasmine Suraya Pelik Kenapa Drama Cikgu Suraya Buat Netizen Marah
Hadir untuk sekadar mendengar
Jasmine atau nama sebenarnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 33, menjelaskan dirinya bukan sahaja menghadiri majlis agama malah mengikuti kelas tahfiz. Bagaimanapun, pelakon Paskal ini hanya duduk di belakang dan memakai pelitup muka bagi mengelakkan dirinya dikenali.
Ketika saya menghadiri majlis anjuran sebelum ini, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu ada yang kenal, duduk pun belakang. Cuma saya hadir untuk sekadar mendengar.
Menurutnya, dia kini sedang belajar agama secara berperingkat di samping turut mengikuti kelas tahfiz.
Saya juga ada menghadiri kelas tahfiz dan bagi saya ia suatu perjalanan yang indah jujurnya. Saya belajar secara berperingkat. Saya rasa, saya menyukainya kerana ia jadi pegangan hidup.
Perubahan di dalam industri seni berubah dalam masa yang sangat cepat. Satu hari kita berada di atas dan sebaliknya. Jadi untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya, rasa selamat dan stabil. Seperti ada arah.
Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak mahu prosesnya berlaku dalam keadaan yang tertekan. Apa pun bersyukur kerana saya juga ikuti sesi bersama Neelofa secara ‘zoom meeting’. Ramai terbuka menerima, berbanding mereka yang mempersoalkan.
Terdahulu, Jasmine telah mencuri tumpuan dan mengundang persoalan wargamaya apabila hadir dalam majlis ilmu anjuran Neelofa baru-baru ini.
Sumber: Media Hiburan