berita

‘Saya Kecewa’ – Veveonah

September 4th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Viral dakwaan dari Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Datuk Zahidi Zainul Abidin mengenai seorang pelajar perempuan yang dikenali sebagai Veveonah Mosibin memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet demi menjawab peperiksaan online adalah tidak benar. Tambahnya, dia berkata pelajar itu tidak mempunyai sebarang peperiksaan sewaktu rakaman dibuat.

Artikel berkaitan: Isu Pelajar Jawab Exam Atas Pokok Syed Saddiq Terkilan Kenyataan Menteri 

Bagaimanapun, menteri berkenaan telah tampil memohon maaf berhubung kenyataan yang dikeluarkan di parlimen. Susulan itu, Veveonah menerusi laman Facebook miliknya meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan kenyataan menteri berkenaan.

Sedih dan kecewa

I felt really sad and disappointed with this. I really work hard for my online examination for the last few months. And I never expected to go viral too.

Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UMS) itu bagaimanapun berasa sedih dan kecewa dengan kenyataan yang dilontarkan menteri berkenaan. Dia mengakui kegigihan sehingga panjat pokok semata-mata untuk mendapatkan capaian internet demi menjawab soalan peperiksaan dalam talian (online). Malah, dia tidak pernah menyangkakan perkara tersebut menjadi perhatian ramai.

Terima komen negatif

Tetapi kali ini sekali lagi nama pelajar ini menjadi perbualan dari sudut negatif pula. Dakwaan Datuk Zahidi Zainul terhadap Veveonah yang dipercayai menipu dan tidak mengambil peperiksaan sewaktu videonya dirakam mengundang kecaman ramai. Beliau juga mendakwa pelajar tersebut hanya Youtuber dan sekadar ingin terkenal.

Kata pelajar jurusan Asasi Sains itu, dia tidak pandai untuk memberi reaksi terhadap komen-komen positif mahupun negatif di media sosial. Bagaimanapun, dia sudah memaafkan semua kesalahan orang lain terhadap dirinya tapi perlu membuat kenyataan yang adil mengenai dirinya semula.

Sumber: Veveonah Mosibin

SKIP THIS AD ×