berita

Isu Pelajar Jawab Exam Atas Pokok, Syed Saddiq Terkilan Kenyataan Menteri

September 4th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semalam viral di media sosial apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin membuat dakwaan mengatakan Vevenoh tidak mempunyai sebarang peperiksaan sewaktu rakaman dibuat. Malah, di dalam sidang Parlimen tersebut beliau turut mendakwa pelajar tersebut hanya ingin raih perhatian di Youtube

Artikel Berkaitan : Pelajar Ambil Exam Atas Pokok Didakwa Menipu Untuk Raih Perhatian, Ini Cerita Rakan

Isu ini turut mendapat perhatian ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Setiausaha Publisiti Wanita DAP Johor, Marina Ibrahim yang berpihak kepada Veveonah.

Jangan perlekehkan orang muda

Di Twitter, Syed Saddiq tidak berpuas hati selepas Zahidi Zainul Abidin mengeluarkan kenyataan tersebut di dewan parlimen. Perkara ini dilihat seolah-olah cuba lepas tanya dan mencari salah. Menurutnya, Zahidi sepatutnya bantu selesaikan masalah dan bukan memperlekehkan orang di luar bandar. Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sentiasa berdiri di belakang Veveonah dan mempertahankan orang muda.

Perkara in turut mendapat perhatian Marina Ibrahim selaku Setiausaha Publisiti Wanita DAP yang dilihat tidak berpuas hati dengan dakwaan Zahidi.

Kenapa pihak U tak sangkal?

Dalam kenyataan Marina di Facebook, beliau terkilan dengan dakwaan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang mendakwa Veveonah menipu. Menurutnya, jika pelajar tersebut menipu pasti pihak universiti sudah menyangkal perkara ini. Malah beliau juga sempat memerli Zahidi dengan mempersoalkan kemudahan ini akan dilaksanakan sehingga rakyat ada peperiksaan atau terberanak.

Mohon maaf

Walau bagaimanapun, di Facebook Zahidi Zainul, beliau memohon maaf secara terbuka selepas menerima kritikan orang ramai. Menurutnya, dia mendapat maklumat tidak tepat mengenai isu ini. Beliau juga akan membuat pembetulan di Dewan Negara Isnin nanti.

Sumber : Marina Ibrahim,Syed Saddiq, Zahidi

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×