berita

‘Saya Marah Apabila Kata-Kata Itu Dilemparkan Terhadap Tiara’ – Achey

January 3rd, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelawak Achey mengakui dia berasa terkilan dan tersinggung dengan kata-kata orang terdekat yang bercakap soal zuriat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Boleh Dikatakan Saya & Fad Kurang Mendapat Tawaran Selepas Arwah Abam Meninggal’ – Achey

Artikel Berkaitan: ‘Bila Anak Dah Tahu Pasal Solat, Kadang-Kadang Saya Perlu Zohor 8 Rakaat’ – Achey

Boleh menimbulkan amarah

Menurut Achey, insiden itu lebih mengguris hati apabila dilemparkan terhadap anak angkatnya, Tiara Zinnirah yang sedang membesar.

Kata-kata seperti mandul dan sebagainya sudah biasa. Apabila ada yang menuduh saya adalah punca dan bermasalah sehingga belum dikurniakan cahaya mata lagi walaupun sudah lama berumah tangga.

Lebih membuatkan saya marah apabila kata-kata itu dilemparkan terhadap Tiara. Lantas orang rumah saya (isteri) bangun dan menenangkan saya ketika insiden berlaku.

Memang kata-kata itu ibarat sudah perkara biasa, namun apabila datang daripada orang terdekat dan juga keluarga sendiri, memang boleh menimbulkan amarah.

Berbicara lebih lanjut, Achey menganggap situasi yang dihadapinya pada masa ini adalah ujian dari Allah dan hanya orang tertentu saja yang diberikan ujian sedemikian. Tambah Achey, dia dan isteri tidak pernah putus asa dan mencuba apa saja rawatan mahupun petua untuk mendapatkan zuriat.

Terdahulu, Achey dan isterinya telah mengambil Tiara sebagai anak angkat pada 2018.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×