berita

‘Bila Anak Dah Tahu Pasal Solat, Kadang-Kadang Saya Perlu Zohor 8 Rakaat’ – Achey

July 31st, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Achey Solat Zuhur 8 Rakaat

Pelawak dan pelakon, Achey mendedahkan keadaan kesihatannya kini bertambah baik selepas menjalani pembedahan untuk merawat masalah slip disc yang dialaminya.

Namun, dia perlu sentiasa melakukan pemeriksaan doktor bagi memastikan keadaan dirinya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Artikel Berkaitan: Achey Dirawat Di Hospital, Ada Benjolan Belakang Badan

Fisioterapi seumur hidup

Ketika ditemui OhBulan!, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah memaklumkan bahawa dia kini perlu menjalani sesi fisioterapi di hospital seumur hidup bagi memastikan kekuatan tulang belakangnya terjamin.

Sekarang ini saya lebih banyak berdiri, dah kurang duduk. Saya kena jalani fisioterapi tu sampai bila-bila (seeloknya).

Apa yang bagusnya, doktor pesan pada saya fisioterapi yang bagus untuk tulang belakang saya ni ialah solat.

Jadi bila difikirkan balik, mungkin ini ujian untuk saya, iyalah sebelum ni saya bukan baik sangat. Sebelum ini mungkin saya ada tinggal (solat).

Achey berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem Mat Tudung Begins yang diadakan di TGV 1 Utama pada Jumaat malam.

‘Zohor 8 rakaat’

Dalam pada itu, Achey turut berkongsi bahawa ada masanya dia terpaksa menunaikan solat Zohor sebanyak lapan rakaat kerana mahu mengikut kehendak anaknya yang kini sudah mula tahu apa itu solat.

Anak pula dah tahu apa itu solat, saya kadang-kadang solat Zohor lapan rakaat. Pasalnya bila saya dah selesai solat, anak datang tanya, ‘Ayah dah solat?’,

Terus dia merajuk bila tahu kita dah solat, bila dia merajuk itu yang kena solat lagi sekali tu. Jadi lapan rakaat lah jadinya.

Bukan itu sahaja, pelakon filem Hantu Wangan itu juga ‘pening’ dengan anaknya, Nur Tiara yang ingin turut serta ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu bersamanya.

Sekarang pun kalau ramai yang boleh tengok, setiap hari Jumaat dia nak ikut saya (ke masjid).

Tapi tak apa bila dia besar nanti, dia tahulah tu yang solat Jumaat tu kebanyakkannya lelaki je yang pergi.

Sekadar info, Achey merupakan salah seorang pelakon utama yang terlibat dengan filem arahan pertama Datuk Fizz Fairuz yang berjudul Mat Tudung Begins.

Selain Achey, antara pelakon yang turut membintangi filem ini termasuklah Datuk Fizz Fairuz, Mimi Peri, Isyariana, Maryam Durian Kimchi, Kazar Saisi dan ramai lagi.

SKIP THIS AD ×