
Anggota kumpulan nasyid UNIC, Dr. Fitri Haris mendedahkan dirinya masih menerima gangguan selepas perkongsiannya diganggu oleh ustaz dan individu berstatus Datuk baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Pernah Kena Ngorat Oleh Ustaz & Datuk..Mereka Hantar Gambar Tak Senonoh, Mesej Manja’ – Fitri Haris
Artikel Berkaitan: Isteri Respon Dakwaan Fitri Haris Curang – ‘Kami Bahagia, Saya Percaya Suami’
Gangguan

Ketika ditemui OhBulan!, Fitri atau Mohamad Fitri Mohamad Haris, 41, berkata, jenis gangguan yang diterima adalah seperti ugutan dan mesej berunsur lucah.
Bagaimanapun, Fitri memilih untuk tidak mendedahkan identiti pihak yang mengganggunya demi menjaga aib.
Apa yang mengejutkan selepas saya berkongsi perkongsian itu, saya masih lagi diganggu sehingga sekarang.
Saya menerima mesej ada yang memberi amaran, ugutan, mencarut dan ada yang nak ngorat saya, hantar mesej lucah.
Bagi saya tiada keperluan untuk saya dedahkan identiti mereka kerana itu antara saya dan dia.
Perkara ini adalah satu aib, mungkin keluarganya tidak tahu atau dia tersalah langkah dan ada peluang untuk berubah.
Fitri berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Countdown KITA 2026 yang diadakan di Studio 1, Astro Bukit Jalil pada malam Selasa.
Pengajaran

Berkongsi lebih lanjut, Fitri memaklumkan perkongsiannya sekadar memberi peringatan kepada umum.
Perkongsian saya itu niatnya bukan untuk viral tetapi hanya untuk mempertahankan diri.
Bila saya berkongsi, saya berharap orang yang mengganggu itu tidak lagi berbuat demikian kerana kami bercakap seperti biasa cuma kadang-kadang mesej diberikan agak keterlaluan.
Saya rasa tidak salah dengan perkongsian itu kerana sekadar satu kesedaran kepada masyarakat bagi orang cakna dan untuk lebih ramai mangsa bersuara.
Tegasnya, selagi gangguan yang diterima tidak melibatkan sentuhan fizikal, perkongsiannya dianggap sebagai amaran buat pihak yang menganggunya.
Selagi tidak sampai ke tahap sentuhan fizikal, saya rasa perkongsian dibuat itu sebagai satu amaran jugalah tetapi kalau berlaku lagi sudah tentu akan buat laporan polis atas kesalahan gangguan seksual.
Sebelum ini, isu penahanan 201 pengunjung dalam serbuan ke atas sebuah spa di Jalan Raja Laut membuka ruang buat Fitri berkongsi pengalamanya diganggu golongan hubungan sejenis oleh seorang ustaz dan individu bergelar Datuk.
Fitri mengakui pengalaman tersebut menyebabkan dia tidak hairan jika ada golongan profesional terjebak dalam isu sebegini, malah ustaz itu sendiri pernah menghantar soalan berunsur lucah sebelum turut mengirimkan gambar tidak senonoh.








