berita

‘Saya Masih Lagi Isteri Dr Munzir’ – Puteri Zarith

December 4th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

puteri zarith-2

Usahawan dan pempengaruh popular, Puteri Zarith menekankan dia masih lagi bergelar isteri kepada Dr Munzir Shkori.

Artikel Berkaitan: ‘Kami Sudah Tiada Persefahaman & Ambil Keputusan Untuk Berpisah’ – Puteri Zarith

Artikel Berkaitan: Puteri Zarith ‘Sound’ Netizen, Nafi ‘Very The Diva’ – ‘Banyak Cantik Muka Kau Cakap Macam Itu!’

Kes mahkamah belum selesai

puteri zarith dr munzir

Ketika ditemui OhBulan!, Puteri Zarith memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kes penceraian dengan Dr Munzir kerana bimbang akan mengganggu emosi anak-anak.

Bagaimanapun, jelas Puteri Zarith, mereka sudah tujuh bulan tidak tinggal sebumbung iaitu selepas Hari Raya Aidilfitri.

Dia (Dr Munzir) masih lagi suami saya sebab lafaz cerai belum dibuat. Penceraian kami masih dalam proses mahkamah, jadi saya tidak boleh memberikan komen lanjut. Ia terlalu privasi untuk dikongsi.

Kami sudah tidak tinggal sebumbung lebih kurang tujuh bulan lalu. Saya mohon doakan yang terbaik untuk kami.

Apa paling penting sekarang kami ingin menjaga kebajikan dan emosi anak-anak.

Puteri berkata demikian ketika sidang media pelancaran produk The Teh Tarix yang diadakan di Hotel W, Kuala Lumpur pada Ahad.

Nilai dari media sosial

PZ

Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan punca bercerai disebabkan kehidupan sosialnya, Puteri Zarith tidak menyalahkan netizen sepenuhnya.

Tidak dapat dinafikan dari segi luaran orang boleh nampak hubungan saya dengan kawan-kawan sangat rapat.

Suami pula seorang doktor, jadi dia lebih pendiam. Bila netizen nak nilai disebabkan itu (pergaulan bebas) logiklah kan?

Saya juga tidak salahkan netizen namun mereka tidak berada di tempat saya dan tidak tahu keadaan sebenar.

Apa yang berlaku hanya di antara saya dan suami. Keluarga dan kawan rapat pun tahu bila saya dah buat keputusan (bercerai).

Terdahulu, Puteri Zarith mengesahkan dia sudah memfailkanperceraian terhadap suaminya, Dr Munzir Shkori pada Mei lalu.

SKIP THIS AD ×