berita

Puteri Zarith ‘Sound’ Netizen, Nafi ‘Very The Diva’ – ‘Banyak Cantik Muka Kau Cakap Macam Itu!’

November 10th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

puteri zarith diva

Pada September lalu, usahawan terkenal, Puteri Zarith mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dr Munzir Shkori.

Artikel Berkaitan: ‘Kami Sudah Tiada Persefahaman & Ambil Keputusan Untuk Berpisah’ – Puteri Zarith

Artikel Berkaitan: Neelofa Sedia Bersemuka Dengan Fazura, Mahu Tamat ‘Perang’ Dingin 13 Tahun

Dituduh very diva

Puteri Zarith

Ketika siaran langsung di Instagram (IG), Puteri Zarith menjawab soalan daripada netizen yang mendakwa kehidupannya seperti seorang diva berbanding suaminya yang dikatakan lebih bersederhana.

Mungkin lifestyle (gaya hidup) Puteri dan doktor tidak setaraf. Doktor seorang yang simple life. Puteri very the diva.

Jawab Puteri Zarith, orang luar tidak mengenali dirinya dan suami secara peribadi. Kata ibu kepada dua cahaya mata itu, tidak adil untuk menilai seseorang hanya berpandukan perkongsian di media sosial.

Banyak cantik muka kau cakap macam itu! Awak tak kenal saya dan awak juga tak kenal suami saya (doktor). Kita tak boleh nilai orang dengan hanya berdasarkan hantaran di media sosial.

Dalam pada itu, pempengaruh popular sekali lagi menegaskan dia bukan seorang diva seperti yang difikirkan.

Tapi kalau awak cakap saya diva, memang silap! Silap silap silap orang. Saya bukan diva.

Sebelum ini, netizen sudah mula berteka-teki mengenai status rumah tangga pasangan ini apabila mereka jarang kelihatan bersama termasuk tiada posting bersama di media sosial.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×