berita

‘Saya Masih Single & Available’ – Hafidz Roshdi Jawab Tuduhan Kahwin Lain

March 22nd, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, pelakon, Hafidz Roshdi, 29, hadir di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, kira-kira pukul 10.49 pagi tadi bagi pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Artikel berkaitan: Isu Lafaz Cerai Hafidz Roshdi & Shuhada Ditangguh Ke 9 Mei

Menerusi laporan Utusan Malaysia, Hafidz Roshdi menegaskan dia tidak pernah bernikah kali kedua seperti yang didakwa oleh isterinya, Shuhada menerusi surat terbuka dalam Instagram, 11 Mac lalu.

Tak pernah bernikah kali kedua

Menurut Hafidz, dakwaan Shuhada mengenai keluarganya sendiri yang membenarkan dirinya berkahwin lain juga adalah fitnah semata-mata.

Saya masih single dan available. Insha-Allah kalau saya bercerai ini, saya masih single dan belum berkahwin lagi. Tak betul mengenai dakwaan keluarga benarkan saya berkahwin lagi, itu semua fitnah belaka.

Terdahulu, mahkamah menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula kes cerai Hafidz dan Shuhada berhubung isu lafaz cerai yang dibuat pelakon itu, sebanyak dua kali.

Ujar Hakim Syarie, Siti Rahman Hussin menetapkan tarikh itu selepas Peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Hafidz memohon satu tarikh lain bagi pihaknya menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai itu.

Sepatutnya, hari ini merupakan pengesahan lafaz cerai pasangan itu, namun mahkamah dimaklumkan terdapat isu baharu berhubung isu cerai itu.

Kes perceraian itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sumber: Utusan Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×