Penyanyi dan pelakon MK K-Clique enggan mengulas lanjut mengenai keadaan terkini kesihatan ibu tercinta selepas tular video di TikTok, dia dan keluarga sedang membacakan surah Yasin beserta kapsyen ‘semoga mama cepat sembuh’.
Artikel Berkaitan: MK K-Clique Nafi Dah Kahwin, Minta Maaf Pada Peminat Yang ‘Broken Heart’
Artikel Berkaitan: Putus Cinta Tak Halang Iman Troye Dekan Setiap Semester
Doakan untuk ibu
Bagaimanapun, MK, 26, memohon agar orang ramai menitipkan doa agar ibunya sentiasa diberi kesihatan yang baik.
Alhamdulillah mak saya baik-baik sahaja dan saya mohon doakan yang terbaik. Saya juga bersyukur kerana ibu faham dengan kerjaya saya. Mengenai keadaan mak saya, maaf saya tak boleh kongsi secara terperinci. Maaf.
MK ditemui ketika majlis perasmian kejayaan pelajar cemerlang SPM 2021 PTTI yang diadakan di Hotel DoubleTree By Hilton, Kuala Lumpur, pada Ahad.
Turut sama hadir menjadi panel pada program Wacana Halatuju Sistem Pendidikan dan Pembelajaran Dalam Talian anjuran PTTI adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Selain MK, penyanyi Iman Troye turut dilantik menjadi ikon PTTI. Pada majlis itu, PTTI meraikan kecemerlangan 335 pelajar yang memperoleh semua A dalam mata pelajaran, 7A ke atas dan 5A ke atas.
Pengorbanan saya
Pemilik nama lengkap Muhammad Hairi Amin Hamdan akui berasa risau namun dia terpaksa berkorban merantau ke Kuala Lumpur demi mencari rezeki.
Apapun saya terpaksa berkorban dan berjauhan dari mak demi kerjaya saya. Saya percaya rezeki di mana-mana, inilah pengorbanan saya untuk mengembangkan kerjaya saya.
Dalam pada itu, pelakon drama The Hotel menyatakan dia tidak akan lupa untuk menghubungi ibunya setiap hari yang kini berada di Sabah.
Saya memang anak mak dan memang telefon dia setiap hari.
Sumber: Instagram @hairiwhuut