berita

‘Saya Memilih Untuk Tidak Fokus Siapa Hilang Dari Radar’ – Nad Zainal

August 24th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Nad Zainal

Sejak kebelakangan ini, timbul desas desus mengatakan pelakon Nad Zainal bermasam muka dengan beberapa rakan selebrtiti yang dahulu merupakan sahabat baiknya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sherry Alhadad Gembira Dengan Kebahagiaan Nad Zainal, Jawab Isu Bermasam Muka – ‘Saya Masih Hubungi Ibu Bapa Dia’

Artikel Berkaitan: Nad Zainal Berang Peniaga Online Tuduh Rumah Tangga Goyang Untuk Lariskan Jualan

Tiada istilah masam muka

Nad Zainal

Tampil menjelaskan perkara itu, Nad berkata tiada istilah bermasam muka memandangkan masing-masing sudah dewasa.

Justeru, Nad yang kini di trimester ketiga kehamilan menjelaskan dia mengambil pendekatan untuk tidak memandang isu berkenaan sebagai satu perkara yang serius.

Saya memilih untuk tidak fokus kepada sesiapa yang hilang dari ‘radar’. Siapa yang ada, ada. Bab-bab siapa kawan siapa dan sebagainya, semua ini terlalu ‘high school’ untuk saya.

Saya sedang gembira dengan suami dan anak-anak. Jadi, saya tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu. Masih ramai yang ada dengan saya, jadi saya okay saja.

Tidak timbul istilah bermasam muka kerana kami masing-masing sudah dewasa. Banyak lagi perkara yang harus diberikan fokus. Contohnya seperti suami, anak-anak dan peminat yang banyak mendoakan walaupun saya sudah sihat.

Bukanlah hendak katakan saya sudah matang, cuma saya fokus kepada mereka yang ada dan kekal untuk bersama. Banyak lagi yang ingin saya fikirkan

Dalam masa sama, pemilik nama lengkap Farah Nadia Zainal Abidin, 33, berkata dia bersyukur apabila masih ada peminat yang memberi sokongan kepadanya.

Kadang-kadang saya tengok peminat atau orang yang dari luar sendiri datang dari jauh menunjukkan penghargaan kepada saya. Jadi perkara sebegitu yang mengajar saya.

Bantuan kadang kala tidak datang daripada orang terdekat atau orang yang kononnya tahu mengenai kehidupan kita. Saya tidak mahu fikir banyak, apatah lagi anak saya sudah tiga orang.

Sumber: Harian Metro (Zaara Talita)

SKIP THIS AD ×