berita

‘Saya Menangis Sepuas-Puasnya…’ – Anak Lok-U Kenang Memori Bersama Ayah

January 23rd, 2020 | by faris
Kini Trending

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pemergian pengarah muzik tersohor Faizal Uzir atau Lok-U pada pagi Rabu. Faizal dilaporkan sesak nafas sebelum rebah dan kemudiannya disahkan meninggal dunia. Anak sulung arwah, Adam Danial mengimbas semula kenangan manis membesar bersama insan penting dalam hidupnya itu.

Tergamam terima berita

Adam ketika ditemubual Berita Harian meluahkan detik-detik mereka sekeluarga makan bersama sambil bapanya bergurau-senda dengan anak-beranak, akan dirindui selepas ini.

Setiap kali kami adik-beradik berkumpul di meja makan, ayah selalu bergurau dengan kami sambil memuji masakan Ummi. Situasi itulah yang pasti saya rindui selepas ini.

Ujar Adam lagi, apabila mendapat tahu bapanya dijemput Ilahi semalam, dia mengakui tergamam dan hanya menangis semahunya ekoran langsung tidak menyangka berita itu.

Ketika mendapat tahu mengenai berita pemergian ayah, saya jadi tergamam… Tak tahu nak kata apa. Sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, saya menangis sepuas-puasnya kerana tak sangka saya kehilangannya.

Tidak mengapa, saya terima segala takdir Tuhan. Sebagai anak sulung, saya kena kuat untuk menghadapinya demi keluarga.

Mahu anak jadi jutawan

Menurut penuntut pusat matrikulasi itu lagi, Faizal kerapkali menasihati mereka adik-beradik dan berhajat untuk melihat dirinya menjadi seorang jutawan.

Ayah sering memberi kata-kata nasihat kepada kami. Mesej terakhir yang dikirimkan adalah foto yang dimuat turun dari Instagram.

Dalam gambar itu, terkandung mesej positif yang mahu saya menjadi orang pertama berjaya bergelar jutawan. Ayah mahu saya berusaha mencapai impian itu

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×