Sebelum ini timbul isu di mana terdapat dakwaan terhadap pelakon Fazura yang mengheret suaminya Fattah Amin untuk menyampaikan anugerah di malam Festival Filem Malaysia (FFM30). Menerusi Berita Harian, Fattah tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan berkenaan bahawa dia hanya menurut permintaan pihak penganjur.
Ini semua adalah fitnah semata
Dia berkata kontroversi yang timbul itu adalah fitnah semata dan dia sendiri tidak menetapkan syarat untuk membuat kemunculan pada apa jua majlis.
Semestinya saya berasa ralat dan terkesan apabila diberitahu mengenai gandingan penyampai bagi kategori itu adalah bekas pemenang FFM sebelum ini. Saya sama sekali tidak tahu menahu, sebaliknya sekadar memenuhi tanggungjawab atas permintaan penganjur.
Beberapa minggu sebelum majlis, dimaklumkan kehadiran saya mengikut kontrak sebagai ‘trigger’ bagi memberikan elemen kejutan. Malah, saya juga tidak dimaklumkan mengenai kategori yang memerlukan saya naik ke pentas.
Saya menganggap isu ini sebagai fitnah kerana saya tidak pernah meletakkan syarat, apatah lagi untuk tampil sesuka hati. Walaupun belum cukup lama berada dalam industri ini, saya tahu tindakan sebegitu adalah tidak profesional.
Fattah turut menegaskan bahawa dia hanya memenuhi permintaan penganjur.
FINAS tidak tahu menahu ada kejutan
Sebelum ini, isterinya Fazura telah menafikan dakwaan kononnya dia menetapkan syarat untuk tampil sebagai penyampai trofi FFM lalu bersama Fattah atas sebab peribadi dan harus dipatuhi oleh pihak penganjur.
Selain itu, Ahmad Idham selaku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) menafikan dakwaan berkenaan pihaknya bersetuju menampilkan pasangan tersebut di pentas ketika penyampaian trofi terbabit.
Jika apa yang berlaku ini adalah perancangan pihak Astro (penyiar), mereka harus bertanggungjawab dalam hal ini. Saya mohon mereka dapat memberikan jawapan secara bertulis kerana kami ada bukti mengatakan FINAS memang tidak tahu menahu mengenai elemen kejutan dinyatakan itu.
Mencalarkan imej dan kredibiliti Fattah
Fattah turut berkata sebagai selebriti, isu ini membawa kesan terhadap dirinya kerana ia mencalarkan imej dan kredibiliti.
Namun, saya akur dengan lumrah kehidupan sebagai anak seni. Perkara sebegini adalah sesuatu yang perlu saya tempuh.
Permulaan saya dalam industri juga bukan dengan cara yang mudah. Pelbagai kritikan dan kecaman diberikan, namun ia menjadikan saya lebih matang. Saya pasti dugaan Allah ada hikmahnya.
Sumber: Berita Harian