Seorang penuntut universiti meluahkan pengakuan mengenai minatnya terhadap golongan lelaki berusia yang memiliki kedudukan tinggi serta kekayaan.

Artikel Berkaitan: Berciuman Ketika ‘Live’ TikTok, Pasangan Kekasih Disebat 21 Kali – ‘Mereka Jelas Melanggar Syariat Islam’

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Aku Nak Tangkap Lelaki Kaya, Dah Lama’ – Diana Danielle

Asyik fikir lelaki tua kaya

Menerusi satu hantaran di Threads, individu berkenaan mendakwa dirinya berasal daripada universiti terkemuka dan sedang mengikuti pengajian dalam bidang pilihan ramai serta menyifatkan dirinya memiliki penampilan seperti seorang model.

Dah lama saya pendam, saya seorang student daripada top uni dan majored in top course.

Jujur cakap, saya memang macam model.

Masalah saya adalah, saya ada minat yang terlampau mendalam dengan lelaki tua yang kaya.

Saya minat Dato dan Tan Sri yang lingkungan umur 50-an dan ke atas.

Saya juga minat ceo daripada company besar.

Dalam pada itu, dia turut mengakui sering memikirkan cara untuk menarik perhatian golongan lelaki kaya.

Saya dah sampai level tak boleh tidur sebab asyik fikir cara nak dapatkan lelaki tua kaya.

Macam mana eh nak attract mereka ni?

Dekat mana mereka ni selalu pergi?

Komen netizen

Sumber: Threads