berita

‘Tak Kira Lelaki Atau Perempuan, Kalau Ada Duit Lebih Memang Akan Berlagak..’ – Che Ta

September 22nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, hangat menjadi perbincangan di media sosial mengenai pandangan pelakon, Rosyam Nor yang menyifatkan isteri akan bersikap sombong jika bekerjaya serta mempunyai pendapatan lebih daripada suami.

Artikel Berkaitan: ‘Perempuan Bila Bekerjaya, Dah Banyak Duit, Dia Berlagak’ – Rosyam Nor

Susulan daripada itu, pelakon cantik, Rozita Che Wan turut tidak terlepas mengulas mengenai perkara itu.

‘Kalau ada duit lebih memang akan berlagak’

Ketika ditemui OhBulan!, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita binti Abu Bakar berpandangan sikap berlagak tidak tertakluk terhadap golongan wanita sahaja malah kaum lelaki turut mempunyai sikap sedemikian sekiranya mempunyai gaji lebih daripada isteri.

Ada (perempuan) yang berlagak, tapi mungkin sebab dari pengalaman mereka. Tidak payah perempuan pun, kalau lelaki gaji banyak sikit, terus bertaring.

Saya rasa tidak kira jantina lelaki atau perempuan, kalau ada duit lebih memang akan berlagak.

Dalam pada itu, Che Ta menyifatkan sikap berlagak tidak bergantung kepada jantina malah setiap individu itu harus bijak mengawal diri dan emosi.

Okeylah kalau ada duit berlagak, yang tiada duit berlagak pula macam mana? Jadi, saya rasa yang berlagak bila ada duit tidak bergantung kepada jantina. Bila ada duit, tak kira siapa pun, akan berlagak.

Terdahulu, Rosyam Nor turut berpendapat sikap ego wanita atau isteri yang bekerjaya juga menjadi salah satu punca berlakunya masalah dan keretakan rumah tangga.

SKIP THIS AD ×