Perkahwinan penyanyi terkenal Haqiem Rusli bersama Wan Anis Sofea Wan Zamzuri pada Jumaat lalu telah membuatkan ramai peminat perempuan di Malaysia yang patah hati.
Artikel Berkaitan: Haqiem Rusli Selamat Bernikah, Diraikan Dalam Majlis Perkahwinan Bernilai Lebih RM7 Juta
Artikel Berkaitan: Haqiem Rusli Kahwin Hari Ini, Ramai Gadis ‘Patah Hati’ – ‘Selamat Tinggal Ex Crush’
Artikel Berkaitan: ‘Kisah Cinta Dengan Anis Sofea Bermula Daripada Pandangan Pertama’ – Haqiem Rusli
Peminat buat majlis doa selamat
Menyedari hal tersebut, Haqiem, 24, menyatakan itu adalah lumrah yang perlu dilaluinya sebagai seorang selebriti. Kata pemilik nama Ridzuan Haqiem Rusli, biarpun segelintir patah hati namun hakikatnya mereka sangat matang apabila telah mengadakan majlis doa selamat untuk dirinya dan Sofea.
Daripada apa yang saya baca, saya boleh rumuskan 80 peratus daripada jumlah peminat tidak rasa kecewa, manakala hanya 20 peratus sahaja yang patah hati tetapi sebenarnya mereka sangat matang.
Buktinya kelab peminat saya Qiemillio mengadakan doa selamat secara virtual sempena majlis perkahwinan saya. Itu sekali gus membuktikan mereka matang walaupun patah hati. Apa pun saya minta maaf jika ada yang kecewa selepas bertukar status sebagai suami orang.
Semua punya naluri nak hidup berpasangan
Dalam pada itu, bekas pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 33 sempat berseloroh kepada peminatnya supaya menjemput dirinya apabila mereka ingin mendirikan rumah tangga nanti.
Sudah lumrah manusia, semua punya naluri nak hidup berpasangan, begitu juga saya. Mereka (peminat) juga akan berkahwin, jangan risau nanti saya pula yang hadir pada majlis mereka.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua atas doa yang diberikan untuk kami. Semoga setiap doa kalian membuatkan rumah tangga yang baru dibina ini sentiasa dirahmati Allah SWT.
Terdahulu, Haqiem sah menjadi suami Sofea hanya dengan dua kali lafaz di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya. Pada hari pernikahan tersebut, Haqiem menyerahkan wang hantaran RM100,000 dan mas kahwin RM300. Majlis gemilang bak taman syurga yang menjelmakan keajaiban dan magikal ini dianggarkan bernilai lebih RM7 juta.
Di samping itu, Haqiem turut menghadiahkan isteri tercinta sebuah lagu berjudul Hitam Saksi Putih yang didendangkan merdu semasa majlis resepsi.
Sumber: @aqoimran