

Pempengaruh TikTok yang dikenali Abang Tesla sekali lagi menjadi bualan hangat wargamaya apabila dia memuat naik sebuah video permohonan maaf kepada para suami.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Betul Sayang Isteri Pertama, Tak Adanya Nak Kahwin Isteri Kedua’ – Shila Amzah
Maaf kepada kaum lelaki

Menerusi hantaran TikTok, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry memohon maaf kepada kaum lelaki yang telah menerima tempias berikutan video tular tentang perkahwinan keduanya sebelum ini.
Menurutnya, terdapat segelintir suami yang mendakwa mereka dimarahi oleh isteri sehingga tidak dibenarkan keluar rumah.
Saya minta maaf kepada kaum lelaki, saya nampak disebabkan video saya ramai yang kena marah dengan isteri. Hari ini tak boleh keluar rumah la.. hari ini dengar lagu Kau Tigakan Cintaku.
Sebab saya berkahwin dua, anda semua dimarah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya tidak berpuas hati dengan kenyataan pempengaruh tersebut meskipun dia tegas menyatakan bahawa isteri pertamanya reda dengan perkahwinan itu.
Sebelum ini, Abang Tesla telah mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi.
Sumber: TikTok





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)