
Pendakwah bebas, PU Syed tampil membuat permohonan maaf kepada personaliti media sosial, Aisar Khaled.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Syed Beri Teguran Pada Aisar Khaled, Titip Harapan Agar Kembali Menjadi Hamba Yang Taat – ‘Jangan Gunakan Kekayaan Untuk Maksiat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisar Khaled Usaha Tidak Bersentuhan, Netizen Simpati Sebab Tetap Dipegang – ‘Dia Tak Mahu Orang Kecil Hati’
Mohon maaf
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 43, telah bertindak memadam video tegurannya terhadap Aisar.
Teguran kepada pempengaruh Aisar Khaled saya telah padam dan memohon maaf kepadanya kerana segala yang tersebar itu dinafikan dan dikatakan bahawa ianya adalah bukan kesalahannya.
Cuma yang tersebar atau menyebarkan video itu perlu bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan.
Dalam masa yang sama, PU Syed turut mengakui kekhilafannya ketika memberi nasihat kepada Aisar sebelum ini.
Hari ini hari yang mengajar banyak perkara kepada saya.
Saya padam status teguran tersebut dan memohon maaf, tidak hina orang yang mengakui kesilapan.
Semoga Allah menjadikan kita semua dalam kalangan hambaNya yang patuh segala perintah dan larangan.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan PU Syed yang mengetepikan ego dan berani mengakui kesilapan.
Terbaik ustaz. Kalau salah kita mengaku salah, kalau betul, kita tegakkan kebenaran.
Terima kasih mengajar kami banyak benda dan benar mengaku salah itu memang berat tapi ustaz tunjuk teladan yang baik pada kami, terima kasih sekali lagi.
Salute. Tak salah tunduk meminta maaf ustaz.
Terdahulu, pendakwah tersebut memberi teguran selepas tular video-video yang menunjukkan pergaulan bebas dan berharap agar Aisar menggunakan kekayaan pada jalan yang sepatutnya.
Sumber: IG PU Syed