
Pelakon, Fatin Afeefa meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir peniaga yang tidak memaparkan harga barangan secara terbuka kepada pelanggan.
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Syukur Kes Hadanah Selesai, Dapat Hak Jagaan Penuh Ivy – ‘Selepas Tiga Tahun …’
Artikel Berkaitan: Bapa Fatin Afeefa Meninggal Dunia – ‘Terima Kasih Sayang Saya Seumur Hidup’
Tak mahu berborak
Menerusi satu hantaran di Threads, Fatin atau nama penuhnya Nur Fatin Afeefa Shamsudin, 32, mempersoalkan tindakan sesetengah peniaga yang meminta pelanggan menghubungi mereka bagi mendapatkan maklumat berkaitan produk yang ditawarkan.
Stress betul laa, saya nak beli product yang awak jual, tapi tak letak harga.
Bila tanya, suruh PM tepi.
Kenapa? Harga bertukar-tukar ikut customer ke?
Tambah Fatin, dia hanya mahu membuat pembelian tanpa perlu melalui proses perbualan yang panjang.
Pm tepi ajak borak pula.
Saya tak nak berkenalan, saya nak beli je.
Tolonglah jangan jadi complicated.
Sumber: Threads