berita

‘Saya Nak Tidur Dengan Tenang’- Khairul Aming Dedah Sebab Tak Beli Kereta Mewah

September 27th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Pempengaruh media sosial, Khairul Aming menjawab soalan warganet mengenai bagaimana dia menahan nafsu untuk tidak memakai kereta mewah sedangkan memiliki perniagaan yang maju.

Artikel Berkaitan: “Hey What’s Up Guys” Memang Berhantu! Khairul Aming Menang Besar Di TikTok Awards 2023

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Tolong Sampaikan Pesanan Kaum Ibu, Minta Anak Muda Utamakan Pelajaran

Mahu kekalkan gaya hidup selesa

Menerusi hantaran di akaun TikTok @syaz_aa, Khairul Aming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman memberitahu dia sudah terbiasa untuk hidup secara sederhana.

Kalau kita dah biasa hidup cukup-cukup, kalau boleh kita nak pendapatan yang lagi besar supaya boleh tidur dengan tenang.

Sebab saya tak naik taraf (kereta) adalah, dengan pendapatan yang sekarang, kalau saya kekalkan gaya hidup saya sekarang, saya boleh tidur dengan tenang sebab dah ada simpanan duit yang selesa untuk kita hidup dengan tenang.

Pemenang Anugerah TikTok 2023 itu juga menyatakan jika dia menambah komitmen baru, dia seolah-olah kembali kepada gaya hidupnya yang lama kerana duit tak pernah cukup.

Tapi masalahnya ialah bila pendapatan kita dah besar, dan kita tambah lagi perbelanjaan yang besar. Kita akan pusing balik ke tempat yang sama.

Maksudnya, kita takkan boleh hidup dengan tenang jugak. Sebab duit tak akan pernah cukup.

Walau bagaimanapun, usahawan berumur 31 tahun itu turut mendedahkan dia sudah beberapa tahun tidak mendapatkan tidur yang cukup.

Saya dah enam tahun tak cukup tidur sebab dah berhempas pulas buat benda ni . Jadi sekarang saya nak tidur tenang, itu je.

Tapi nak kata tidur tenang pun tak juga sebab dah ada tanggungjawab baru, nak jaga bisnes dan nak jaga staff.

Video

@syaz_aa

#khairulaming khairul@khairulaming #tiktokmalaysian #fyplaa #khairulaminghumble #sambalnyet

? Rahmatun Lil’Alameen – Maher Zain

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×