berita

[VIDEO] Khairul Aming Tolong Sampaikan Pesanan Kaum Ibu, Minta Anak Muda Utamakan Pelajaran

August 28th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

KHAIRUL AMING TIKTOK

Pempengaruh media sosial, Khairul Aming bersyukur apabila perjalanan sebagai ‘content creator’ selama lapan tahun akhirnya membuahkan kemenangan.

Artikel Berkaitan: TikTok Awards: Khairul Aming Menang Creator Of The Year

Artikel Berkaitan: Khairul Aming Terharu Berjaya Raih Lebih 1 Juta Undian Di TikTok Awards

Usaha keras diiktiraf

Khairul Aming

Ketika ditemui OhBulan!, Khairul Aming bangga dengan kejayaan yang diperoleh selepas bersusah payah menghasilkan konten bermanfaat. Kata Khairul Aming, 31, dia kini boleh tersenyum melihat studio dan dua kilang hasil titik peluhnya.

Sudah lapan tahan saya bergelar content creator, akhirnya ada anugerah yang mengiktiraf kerjaya sebegini. Saya bermula dari bawah dan syukur sekarang sudah ada studio serta kilang sendiri.

Khairul Aming berkata demikian ketika majlis Anugerah TikTok Malaysia 2023 yang berlangsung di Pusat Pameran Perdagangan Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, pada malam Ahad.

Pelajaran penting

@ohbulanofficial HEYYY WHATSUPP GUYSS ??? TAHNIAHH @Khairulaming #TikTokAwardsMY #tiktokawardsmyxtv3 ? original sound – OHBULAN!

Pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman turut menasihati anak muda yang ingin berkecimpung dalam dunia pencipta kandungan untuk mengutamakan pelajaran terlebih dahulu bukannya mengejar populariti.

Ramai ibu-ibu yang minta saya nasihat apabila anak mereka mahu jadi content creator. Bagi saya penting untuk mereka tamatkan pelajaran terlebih dahulu.

Tak salah mereka nak menceburi bidang ini lebih awal, namun saya risau mereka tidak dapat melihat realiti yang sebenar.

Dalam pada itu, ditanya sama ada risau sekiranya melakukan kesilapan sehingga mengundang kecaman, Khairul Aming menyatakan dirinya hanya manusia biasa yang tidak sempurna.

Saya juga manusia biasa dan ada ketika akan buat silap juga. Namun saya tidak boleh ambil mudah kerana setiap apa yang diperkatakan dan tindakan akan menjadi ikutan.

Terdahulu, Khairul Aming telah diangkat sebagai pemenang Content Creator Of The Year sekali gus menewaskan lima calon lain iaitu Boss James, Lawyer Gandhi, Auntie Purple, Sally Whoo dan Ceddy Ang.

SKIP THIS AD ×