
Pelakon Fasha Sandha tampil memberikan respon berhubung isu seorang jurugambar yang memohon maaf kepada kliennya kerana mengambil makanan di majlis mereka tanpa kebenaran.
Artikel Berkaitan: Photographer Bayar Ganti Rugi RM500, Mohon Maaf Kepada Pengantin Selepas Ambil Makanan Tanpa Izin
Artikel Berkaitan: Individu Persoal Johan As’Ari Sebagai Hero, Fasha Sandha Tampil ‘Back Up’ – ‘Dia Berbakat & Dah Beri Yang Terbaik’
Jangan berkira

Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, 42, itu kurang senang dengan sikap pihak klien jurugambar tersebut yang didakwa berkira tentang makanan.
Tambah Fasha, dia akan sentiasa memastikan setiap jurugambar yang hadir di majlisnya akan makan terlebih dahulu sebelum melaksanakan tugas mereka.
Untuk pengetahuan semua, semua jurugambar yang datang setiap majlis saya, saya akan pastikan ada ruang untuk mereka makan dahulu.
Kadang-kadang saya akan suruh mereka datang awal untuk makan-makan dahulu.
Kalau mereka rushing tak sempat makan, saya akan bungkuskan untuk mereka.
Ibu kepada tiga orang anak itu juga kesal apabila perkara tersebut menjadi isu besar kepada klien jurugambar berkenaan.
Makanan je pun, takkan nak berkira. Macam-macam ragam manusia.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan tindakan Fasha yang tidak berkira soal makanan dan memuji dirinya kerana sering berkongsi rezeki.
Terdahulu, seorang jurugambar membuat permohonan maaf kepada pasangan pengantin dengan mengakui telah mengambil makanan di majlis mereka tanpa kebenaran. Jurugambar tersebut juga membayar RM500 kepada kliennya itu sebagai ganti rugi.
Sumber: Threads








