berita

‘Saya Pendosa Dan Saya Percaya Allah..’ – Ammar Alfian Mohon Diberi Ruang Selamatkan Rumah Tangga

May 23rd, 2019 | by Hazurin
Isu & Kontroversi

Kontroversi rumah tangga pelakon Ammar Alfian yang didakwa berlaku curang ke atas isteri Nelissa Nezam yang sedang hamil 6 bulan masih belum ada penyelesaian. Perbalahan antara mereka masih lagi berterusan sehingga ke hari ini kerana Ammar menafikan dakwaan kecurangannya itu.

Terbaharu, menerusi Instagram Ammar dia telah tampil memohon maaf dan mengaku bahawa perbuatannya itu salah.

‘Saya tak kan main permainan ini..’

Menurutnya, kini, dia hanya fokus pada anak yang bakal dilahirkan dan tidak mahu bermain dengan ‘permainan’ yang dibuat oleh isterinya itu semata-mata ingin memperbesarkan masalah serta memalukan dirinya. Dia juga memberitahu bahawa, dirinya sudah berkali-kali memohon maaf terhadap isterinya itu atas kesilapan yang dilakukan.

Tambahnya lagi, dia sudah redha dengan ujian daripada Allah dan berdoa agar diampunkan segala kesilapannya itu. Dia juga meminta netizen menghormati dan memberi ruang untuk dirinya memperbaiki keadaan untuk menyelamatkan rumah tangganya itu.

Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 dan kini isterinya sedang sarat hamil anak sulung mereka.

Sumber: Ammar Alfian