

Pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi tentang kriteria yang perlu dimiliki oleh wanita yang akan dijadikannya sebagai isteri.
Artikel Berkaitan: Ramadan Pertama Tanpa Bapa, Sharnaaz Ahmad Luah Rasa Rindu – ‘Takkan Pernah Sama & Surut’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau I Kata Sayang, Maknanya I Sayang You Tau’ – Sharnaaz Ahmad Usik Amelia Henderson
Menghormati dirinya

Menerusi sesi siaran langsung di Instagram, Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad menegaskan bahawa dia menginginkan seorang wanita yang menghormati dirinya.
Menurut pelakon berusia 40 tahun itu, dia masih mencari calon isteri yang mempunyai ciri tersebut dan sehingga sekarang masih belum ditemuinya.
Saya duda sampai hari ini sebab saya masih belum jumpa seorang perempuan yang boleh faham konsep itu.
Sayang saya boleh bagi seratus peratus, tetapi saya perlukan rasa hormat juga seratus peratus daripada dia. Itu sahaja.
Kalau saya jumpa, insyaAllah saya akan kahwin.
Pendapat netizen

Dalam pada itu, menerusi komen di laman Threads, seorang peminat Sharnaaz kurang setuju dengan ciri-ciri wanita yang dinyatakannya.
Individu tersebut berkata, sukar untuk mencari seorang wanita sempurna, namun bagaimanapun dia tetap mendoakan agar pelakon filem Blood Brothers: Bara Naga itu dikurniakan pasangan hidup.
Sebenarnya awak tu memilih, susah nak cari perempuan cantik dan seratus peratus hormat dekat awak dalam masa yang sama.
Kalau tak cantik tapi hormat 100%, berlambak. Apa-apa pun, InshaAllah niat baik Allah permudahkan. Good luck Mamu.
Sekadar info, Sharnaaz dan kakak kepada aktres Neelofa iaitu Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Bagaimanapun, pasangan ini sah bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Sumber: Threads








