![[VIDEO] ‘Kalau I Kata Sayang, Maknanya I Sayang You Tau’ – Sharnaaz Ahmad Usik Amelia Henderson](https://media.ohbulan.com/2025/04/SharnaazTryAmeliaHenderson_2.jpg)

Pelakon, Sharnaaz Ahmad meraih perhatian netizen sewaktu hadir sebagai tetamu ke sesi podcast ‘Studio Sembang’ yang dikendalikan aktres dan pengacara, Amelia Henderson.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Kena Ucap Terima Kasih Kepada Sharnaaz, Seorang Pelakon Yang Hebat’ – Amelia Henderson
Sharnaaz ‘try’ Amelia?
@primeworksstudios.film Ceyy! dah cakap pastu malu eh si Ghaz ni? Blood Brothers kini membara di pawagam. Jangan lepaskan peluang anda untuk beraya bersama Blood Brothers! ?? #BloodBrothers #baranaga #sapotlokal #sapotbloodbrothers ? suara asli – SANDIKAWEK
Menerusi potongan video dimuat naik Primeworks Studio di TikTok, Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ingin menunjukkan sesuatu daripada telefon bimbitnya kepada Amelia sebagai bukti.
Bintang filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ itu kemudiannya menegaskan dirinya seorang yang jujur dalam berkata.
Saya tak main-main dan cakap yang benar.
Awak rasa saya ini menipu punya orang ke?
Kalau saya kata saya sayang awak, (maknanya) saya sayang tau.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-rata terkejut dan terhibur mendengar ayat manis yang keluar daripada mulut Sharnaaz.
Komen netizen



Sekadar info, Sharnaaz dan Amelia kini sedang giat mempromosikan filem lakonan mereka bersama yang bertajuk ‘Blood Brother: Bara Naga’.
Selain mereka, filem yang arah Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra itu turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Wan Hanafi Su, Andy Teh dan ramai lagi.
Sumber: TikTok Primeworks Studio





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

