Penyanyi terkenal Indonesia, Mahalini mendedahkan bahawa dia pernah menjadi mangsa keganasan dan pernah ditipu oleh bekas teman lelakinya.
Artikel Berkaitan: Rizky Febian & Mahalini Bertunang, Dapat Restu Keluarga
Artikel Berkaitan: ‘Kahwin Dalam Masa Terdekat? Biar Jadi Rahsia Saya & Mahalini’ – Rizky Febian
Ditendang & dihina
Memetik laporan Detik.com, Mahalini atau nama sebenarnya Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja menceritakan perkara tersebut menerusi podcast Curhat Bang Denny Sumargo di Indonesia.
Menurut Mahalini dia bukan sahaja diserang secara fizikal malah bekas teman lelakinya juga pernah curang terhadapnya.
Dulu, saya bersama seorang lelaki dan kemudian dia curang empat kali. Saya juga pernah ditendang.
Walaupun sudah putus cinta, penyanyi berusia 23 tahun itu mendedahkan dia pernah menerima panggilan berbaur cemuhan daripada bekas teman lelakinya itu.
Difahamkan lelaki tersebut menghina berat badan pelantun lagu Sial tersebut ketika dia sedang mengikuti uji bakat program Indonesian Idol dahulu.
Sebenarnya sudah putus, tetapi dia masih mengganggu saya dengan berkata ‘awak jangan gemuk macam itu, tolong.’
Mahalini memberitahu tentang perkara tersebut kepada ibu bapa bekas kekasihnya namun mereka lebih membela anak lelaki mereka.
Sekadar info, sekitar Mei lalu Mahalini telah mengikat tali pertunangan bersama penyanyi Indonesia Rizky Febian setelah setahun menyulam cinta.
Sumber: Detik.com